Windows 2000 telah tiba
Oleh Jalal

        Windows 2000 akhirnya telah tiba ke Malaysia dan menjanjikan sesuatu yang baru serta yang menarik. Ketika dilancarkan di Petaling Jaya, lebih daripada 3,000 pemuja Windows tiba untuk menyaksikan pelancarannya yang dilakukan dengan penuh gemilang. Semasa pelancaran itu para pengguna dihidangkan dengan pelbagai demonstrasi ciri-ciri terbaru dan termaju Windows 2000. Bagi anda yang tidak berpeluang untuk mengenali Windows 2000 di sini saya bentangkan kehadiran Windows 2000.

Mula-mula

    Bagi pengguna Windows NT, ia akan mendapatkan nilai tambahan apabila berpindah ke Windows 2000. Namun bagi mereka yang masih baru dalam penggunaan Windows, janganlah terburu-buru mendapatkan untuk Windows 2000. Saya dapati perpindahan daripada Windows 98 kepada Windows 2000 Professional agak mudah tetapi anda perlu berhati-hati kerana terdapat beberapa ketidakserasian perkaksan dan perisian. Perpindahan daripada Windows NT adalah lebih mudah walaupun terdapat beberapa masalah kecil. Bagi syarikat kecil dan besar, Windows 2000 memberikan anda sebuah perkakasan untuk membina e-niaga yang berkesan.
 
 

    Untuk pengguna peribadi, Windows 2000 menyediakan versi Windows 2000 Professional yang lebih mudah digunakan berbanding dengan Windows NT 4 dan menyokong peranti serta pengguna bergerak dengan lebih baik. Seterusnya versi Windows 2000 Server terdapat dalam tiga edisi iaitu Server, Advanced Server, dan Datacenter Server. Versi yang lebih canggih dan mahal ini mampu menyokong lebih banyak pemproses serta jumlah memori yang lebih besar dan lebih tinggi daya ketahanannya seperti imbangan beban (load balancing) dan pengklusteran atau penyalinan(clustering).

    Windows 2000 Professional adalah lebih stabil, selamat dan mudah digunakan Windows NT 4 Workstation. OS baru ini juga adalah sebuah OS yang sesuai untuk komputer bimbit. Namun begitu bagi pengguna di rumah Windows 2000 Professional mungkin memerlukan spesifikasi sistem komputer yang lebih tinggi berbanding dengan Windows 98.

Dalam Windows 2000

    Antaramuka yang dipaparkan oleh Windows 2000 adalah menyerupai Windows 98, dan disertakan dengan beberapa ciri-ciri tambahan. Contohnya ciri Personalized Menu atau menu menurut kehendak peribadi di mana anda boleh membentuk menu menurut perisian-perisian yang sering digunakan.

    Windows 2000 juga memuatkan beberapa ciri tambahan yang didatangkan bersama Internet Explorer 5 di mana keupayaan untuk mengheret perisian terus perisian kepada, daripada dan antara menu Start dan Favorite. Anda juga boleh menggerakan senarai Quick Launch ke sisi bebutang Start.

    Dalam Windows 2000 kini terdapat sebuah ciri perkhidmatan direktori yang dipanggil Active Directory. Windows 2000 juga menyediakan platform yang baik untuk Internet, intranet, ekstranet, dan aplikasi pengurusan yang boleh digabungkan bersama Active Directory. Anda juga boleh membina rangkaian peribadi maya (virtual private networks atau VPN) yang selamat dan menggunakan protokol pilihan anda.

    Satu kejayaan besar untuk Windows 2000 ialah sokongan komputer bimbit. Sama seperti Windows 98 Second Edition, Windows 2000 menyokong pengurusan kuasa pada perkakasan dengan sokongan BIOS untuk ACPI (Advanced Configuration and Power Interface - antaramuka kuasa dan konfigurasi termaju), iaitu sebuah pengurusan kuasa yang mengendalikan penggunaan kuasa oleh peranti di dalam PC. Windows 2000 juga menyokong Plug and Play (PnP), termasuklah penukaran kad PC secara langsung (hot-swap).

    Ciri yang paling saya gemari ialah Synchronization Manager (Pengurus Penyelarasan). Dengan ciri ini anda boleh menandakan fail atau folder yang boleh didapati secara luar talian dalam Windows Explorer dan pengguna dapat menggunakannya tanpa mempunyai kaitan dengan rangkaian. Secara langsung apabila komputer disambungkan semula dengan rangkaian Synchronization Manager akan melakukan replikasi data di dalam fail itu kepada rangkaian.

    Encrypting File System (EFS), juga adalah sebuah ciri baru dalam Windows 2000, di mana ia akan memudahkan fail dienkrip (ubahsuai) ke atas cakera dan memberikan sebuah ciri keselamatan yang lebih tinggi daripada kecurian komputer bimbit.

    Microsoft juga telah meningkatkan jenis perkakasan yang boleh disokong oleh Windows 2000 termasuklah pemacu DVD, peranti Universal Serial Bus (USB), grafik Accelerated Graphics Port (AGP), kad pelbagai fungsi dan kad PC. Seperti Windows 98, ciri "Plug and Play" atau PnP untuk perkakasan boleh mengesan dan memasang sendiri sebarang peranti baru yang ditemui. Apabila Windows 2000 mengesan perkakasan baru dalam sistem, maka ia akan mengenali perkakasan itu dan memasang fail pemacunya. Jika perkakasan tersebut tidak mempunyai keupayaan PnP anda boleh menggunakan ciri Add New Hardware.

    Folder Network Neighborhood dalam Windows NT 4 dan Windows 98 telah digantikan dengan My Network Places dan ia mempunyai rupa yang berlainan. Ia juga mempunyai ciri tambahan iaitu Add Network Place yang menyambungkan anda dengan sumber rangkaian lain seperti pemacu, pencetak, pelayan FTP dan pelayan Web.

    Anda juga boleh menggunakan sistem Windows 2000 Professional sebagai sambungan Internet kongsian. Ciri Internet Connection Sharing (ICS) telah dikeluarkan dalam Windows 98 Second Edition, yang mana anda boleh bersambung ke Internet dan menggunakan protokol Network Address Translation (NAT) untuk berkongsi satu alamat IP.

Perkakasan

    Kehendak perkakasan adalah salah satu sebab Windows 2000 dikatakan tidak sesuai untuk semua sistem samada atas meja atau bimbit. Menurut Microsoft ia memerlukan sejumlah 64MB RAM tetapi meningkatkan RAM kepada 128MB akan meningkatkan keupayaannya. Windows 2000 juga memerlukan 650MB ruangan cakera keras tetapi sediakan ruangan sebanyak 2GB bagi memberikan ruang yang lebih selesa.

    Terdapat satu pusat penentuan perkakasan bagi Windows 2000 bagi mengetahui ianya sesuai atau tidak dengan OS baru ini, pusat itu dikenali sebagai Windows Terminal Server. Dengan aplikasi ini semua aplikasi dan komputer pelanggan akan dipaparkan dengan sambungan rangkaian. Windows 2000 juga menyelenggara sebuah senarai perkakasan yang serasi dengan OS terdahulu dan senarai perkakasan serta perisian yang serasi Windows 2000.

    Perisian yang memerlukan capaian terus kepada perkakasan seperti perisian antivirus dan permainan (games) yang serign digunakan dalam Windows 2000, mungkin tidak akan dapat berfungsi dalam Windows 2000. Jika perisian-perisian itu adalah versi Windows NT maka ia mungkin boleh berfungsi. Jika anda cuba meningkat taraf daripada Windows 98 kepada Windows 2000 maka anda perlukan masa yang lebih panjang untuk melakukannya.

Ciri-ciri dalam Windows 2000
 
Active Directory
Active Directory adalah sebuah tapak pengurusan sumber di dalam rangkaian atau ekstranet. Ciri-ciri Internet, keselamatan dan pengurusan telah digabungkan ke dalam Active Directory. 
Keupayaan fail dan cetak 
Windows 2000 mempunyai keupayaan fail dan cetakan yang serupa dengan NetWare. Ia juga mampu mengendalikan sebuah organisasi dengan lebih daripada 500 penguna dengan lancar dan baik. 
Perkhidmatan aplikasi 
Windows 2000 menawarkan penskalaan dan keuapayaan yang tinggi untuk mengendalikan organisasi yang besar dan aplikasi Internet. Dengan Windows 2000 Datacenter Server, keupayaan pengendalian adalah setaraf dengan Solaris. 
Infrastruktur Internet 
Windows 2000 mengendalikan sambungan Internet, intranet, dan ekstranet dengan baik. Ia boleh mengendalikan pelbagai jenis sambungan iaitu daripada tanpa wayar hinggalah kepada ATM di samping menawarkan ciri keselamatan yang tinggi. ia juga menawarkan Microsoft Management Console (MMC) yang memudahkan pemasangan rangkaian. 
Keselamatan 
Rangkaian dan sistem individu akan menjadi lebih selamat dengan Windows 2000 berbanding dengan Windows NT 4. Organisasi kewangan dan organisasi yang memerlukan ciri keselamatan yang tinggi boleh memanipulasi Windows 2000. 

Keluarga Windows 2000

    Windows 2000 terdapat dalam empat jenis atau variasi. Carta di bawah memaparkan perbezaan antara satu sama lain.
 
Jenis
Professional 
Server 
Advanced Server 
Datacenter Server
Sasaran pengguna
Pengguna handalan, perniagaan, stesyen kerja 
SMI atau jabatan 
Perniagaan besar atau perbadanan
Gudang data, aplikasi penting 
Jumlah CPU
2
4
8
32
Memori 
4GB
4GB
8GB 
64GB
Clustering 
Tiada
Tiada
2-node
4-node cascading
Kehendak sistem
Pentium-133, 64MB RAM, 650MB 
Pentium-133, 256MB RAM, 1GB
Pentium-133, 256MB RAM, 1GB
Pentium-133, 256MB RAM, 2GB

Kembali Ke Menu Tips Komputer


2000
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya