TIPS-TIPS UNTUK SEMUA

RAHSIA KECERGASAN MINDA

Mengelakkan perbualan kosong
Membersihkan mulut dan gigi (miswak @bersugi)
Bergaul dengan orang soleh dan alim
Memperbanyakkan membaca al-quran
Permakanan yang bijak (halal dan berkhasiat)
Solat khusuk serta melazimkan tahajjud
Mengosongkan perut
Menjaga mata (menundukkan pandangan)

KAEDAH MENANGANI MASALAH DENDAM

Bercakap perkara yang difikirkan
    Kebiasaan mereka yang memendam perasaan ini,sering bercakap mengenai perkara yang luar daripada
    apa yang mereka fikirkan.Jadi ,sebaik-baiknya berterus-terang dengan rakan mengenai sebarang perkara
    yang muncul dalam fikiran anda.

Berehat sendirian
    Setiap hari,peruntukkan sedikit masa untuk anda berehat sendirian.Sambil menenangkan fikiran,bacalah
    sebarang bacaan ringan atau mendengar muzik.Anda juga boleh melakukan kegiatan yang digemari seperti
    melukis,memancing atau bersukan.

Ajak teman berhibur
    Sekali sekala,jauhkan diri daripada orang yang kita dendamkan.Berhiburlah dengan teman yang lain seperti
    melancong ke tempat yang anda suka atau menghadiri majlis keraian dan sebagainya.Hati anda pasti
    gembira dengan suasana baru.

PENAMPILAN DIRI

    Sikap positif yang perlu dalam hubungan sesama manusia
Mulakan dengan kata-kata alu-aluan kepada setiap orang yang kita temui.
Sentiasa senyum
Memanggil orang pada namanya jangan memberikan nama panggilan yang menyakiti hati.
Peramah dan sentiasa membantu termasuk memberikan perkhidmatan nasihat.
Menumpukan sepenuh perhatian kepada rakan yang ditemui.
Jaga perasaan orang lain kerana perbuatan anda itu akan dihargai.
Apabila berbual,berikan perhatian kepada teman anda itu.
Tidak loket memuji bukan bermakna untuk mengampu.Berhati-hati dengan kritikan.
Sentiasa mendengar pandangan orang lain walaupun kadang-kala ia tidak dapat diterima.

    Sikap negatif pada seseorang yang tidak berkeyakinan
Tidak suka menerima pujian.
Menyalahkan orang lain di atas masalah yang dihadapi.
Ego dan bodoh sombong.
Tidak boleh  dipercayai.
Pemalu yang tidak kena pada tempatnya.
Cepat terasa.
Cemburu.
Suka mengawal orang lain.
Mengambil kesempatan.
Mementingkan diri sendiri.

PILIHAN TERBAIK UNTUK DIET

Daging tanpa lemak
Ayam tanpa kulit dan susu lemah  lemak.
Kurangkan pengambilan  daging barbeku dan diawet.
Selang-selikan makanan daging dengan kekacang.
Kurangkan pengambilan sapuan dan hiasan di atas meja.(untuk mengelakkan selera kamu bertambah
    hanya kerana hiasan yang menarik).



Kembali Ke Menu

1999/2000
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya