Siar Laman ke Internet



 Selepas membina laman,anda tentunya ingin dunia melihat hasil kerja anda! Ada banyak cara untuk menyiarkan laman anda. Anda tentu ingin tahu adakah caranya mudah, berapa banyak ruang diberi, dan adakah perlu menyertai komuniti(masyarakat) atau hanya letak gambar keluarga anda sahaja.

Kebanyakan orang masuk ke internet dengan talian telefon dan menggunakan Internet Servis Provider (ISP- MIMOS, TMNET) yang menyediakan ruang untuk membuat laman dan email. Kelebihan menggunakan ruang yang diberikan oleh ISP ialah ia tidak memerlukan iklan dipamerkan dilaman web anda,anda bebas dari iklan yang mengganggu pengunjung laman web anda.

Kelemahan utama ialah bila anda bertukar ISP, anda terpaksa memindakan fail, ini memerlukan masa yang banyak jika anda mengusahakan laman yang besar, sama sakitnya dalam memberitahu sesiapa sahaja yang anda telah bertukar tempat.

Dari kelemahan diataslah banyak orang memilih servis laman percuma yang tetap, tidak perlu pindah walaupun bertukar ISP ataupun bertukar komputer sekalipun. Servis ini pula berlainan antara satu sama lain, ada yang menawarkan ruang yang tak terhad, email percuma, grafik percuma dan lain-lain lagi. Anda boleh menyelidik sendiri di free webspace.

Hampir semua servis diatas memerlukan anda mempamerkan iklan mereka yang disambung ke laman utama mereka atau laman orang yang mengiklankan benda itu. Biasanya sesuatu iklan itu berbentuk muncul(popup) atau iklan tetap yang diletakkan di laman. Servis yang paling bagus sekali ialah Crosswinds yang menawarkan ruang yang tak terhad, tiada iklan, boleh dibuat bisness dan akaun email(POP3).

Servis yang terbesar setakat ini ialah Geocities, Tripod, Xoom, Fortunecity dan Talk City. Mereka menyusun ahli yang menyertai servis mereka kepada tajuk. Apabila anda menyertai, anda juga terpaksa menyertai komuniti yang berkaitan dengan laman anda. Tajuk yang biasa ialah bisness, internet, kesihatan,hobi,filem, grafik dan banyak lagi yang mungkin saya sendiri tak terfikir.

Apabila anda mengurus laman anda, pastikan anda biasa kepada alat penghantaran fail(file uploading tools) yang terbahagi kepada dua iaitu jenis FTP dan jenis Web(HTTP). Jenis FTP memerlukan anda biasa kepada program FTP seperti wsftp, dan ianya sangat cepat jika anda tahu menggunakannya. Kebanyakan servis diatas menyediakan jenis Web yang senang digunakan tetapi lambat. Tripod servis walaupun memerlukan anda mempamerkan iklan, ia memberi kelebihan jika anda menggunakan FrontPage98, dimana anda boleh menghantar terus laman anda dari FrontPage98, dan menggunakan kelebihan FrontPage98 keatas Tripod.

Bila sudah dapat tempat buat laman, pindah, dan juga jiran, pastikan ada program pertukaran iklan(link exchange) atau rantaian web(webRing) yang membolehkan orang lain tahu yang laman anda sudah ke udara di internet.


2001
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya