AGAR AGAR PRUNE

Bahan-bahan:
1 plastic buah prunes dihiris kecil2 buang biji
1/2 tin susu cair carnation
2 biji telur ayam
1 cawan gula
1 sudu teh esn vanilla
agar agar mesti ade ukuran biasa la tak tau nak habaq
ayaq periuk besaq sikit tau...

Cara-cara

Masakkan agar agar ngan ayag lam periuk.
Pukul telur dalam bekas .
masukkan prunes, gula dan susu cair
ratakan bagi sebati.
bila agar agar dah masak or cair..masukkan semua tadi lam periuk pas tu tunggu samapi mendidih sekali.
bila dah masak masuk lam bekas pas tu masuklam peti sejuk
bila dah sejuk boleh lah dihidang..
Itu saja untuk ari ni harap ketemu lagi... babai.. wassalam.. try tau!!!



AYAM COCA-COLA
 
 

Hakcipta Terpelihara
Suri
Paling ringkas dan mudah.

Bahan-bahannya:

(anggaran sendiri)
Ayam dipotong ikut suka dan bersihkan.
halia
bawang putih
cili boh atau serbuk lada
garam dan ajinomoto
1 tin air coca cola

Cara membuatnya:

Bawang putih dan halia ditumbuk, masukkan semua bahan tadi ke dalam kuali bersama air coca-cola sama paras. Biarkan di atas api dan tudungkan dengan penutup.
Kacaukan sesekali dengan senduk kemudian biarkan hingga airnya kering sedikit.

Coba terai buat, rasa dulu baru kata tak sedap!!!


AYAM GAJUS
 
 

Hakcipta Terpelihara
Suri

Bahan-bahan:

3/4 oz margarine
6oz daging ayam dipotong dadu
4oz gajus
4 ulas cendawan kering
1 biji cili hijau dan 2 bj cili merah dihiris dadu
3 oz rebung dihiris panjang atau dadu
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu teh kicap cair
1 sudu tepung jagung
2 hiris halia potong nipis

Cara masak:

1)Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil.
2)Panaskan margarine dan goreng gajus hingga kuning.
3)Campurkan tepung jagung, kicap, halia bersama ayam.
4)Panaskan 2 sudu besar margarine dan goreng bawang putih hingga perang.Masukkan bawang besar, ayam, rebung, kacau dan biarkan selama 2 minit atau lebih.
5)Campurkan baki perencah yang digaul bersama ayam tadi.
6)Masukkan 3 camca besar air dan gaul rata. Rasakan.
7)Sudah masak, masukkan gajus dan cili.


AYAM PANGGANG LEMAK SARI
 

Hakcipta Terpelihara
Laily Ramli.

Bahan2nya :

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati.
Kelapa parut diambil santan pekat sebanyak 3 cawan
Seinci halia
Seinci kunyit hidup
10 ulas bawang merah sederhana besarnya.
10 biji bunga cengkih
3 keping asam keping
5 helai daun limau parut
Sehelai daun kunyit
3 Helai daun salam
Garam secukup rasa

Cara memasaknya :

Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah.
Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan.
Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau,cengkih, kayu manis, asam keping dan garam.
Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.
Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana.
Setelah kering santan, barulah diangkit.

Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar.

Susun dengan taburan sohon goreng.



AYAM RENDANG - KEDAH
 

Hakcipta Terpelihara
Laily Ramli.

Bahan2nya :

1 ekor ayam
2 biji kelapa
1 cawan kerisik
100gm cili kering
10 biji bawang kecil
10sm lengkuas
5sm halia
3sm kunyit hidup
5 batang serai
2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 camca gula merah
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :

Potong ayam beberapa ketul (sesuka selera anda)
Goreng setenggah biji kelapa untuk jadikan kerisik. Cili kering, lengkuas,halia,kunyit hidup, serai
dan 10 biji bawang kecil dikisar sampai halus
Tumiskan bahan kisaran cili dalam periuk yang dipanaskan dengan dua camca minyak sapi.
Masukkan 2 kuntum bunga lawang, 5 biji bunga cengkih, kulit kayu manis dan 5 biji buah pelaga.
Masak sampai pecah minyak dan sampai wangi baru masukkan ayam. Kemudian setelah 20 minit waktu air kelihatan sedikit kering barulah tuangkan santan diikuti daun limau purut dan daun kunyit.

Kemudian masakkan di atas api perlahan sampai empuk barulah masukkan kerisik.
Garam dimasukkan.
Gula merah jika ada yang sukakan manis


BERIANI WANGI
 

Hakcipta Terpelihara
Brutalwarez

Beriani Wangi

bahan-bahan :
2 gelas beras panjang
2½ gelas air
1 cawan bawang goreng diramas
1 inci kulit manis
2 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
¼ cawan minyak kelapa
sedikit kismis
5 sudu besar minyak sapi
1 inci halia ambil air
2 labu bawang besar dicincang
5 ulas bawang putih dihiris

cara:
beras dibersihkan dan ditoskan
panaskan periuk,masukkan minyak sapi dan minyak masak,tumiskan bawang besar dan bawang puteh sampai wangi
masukkan kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga Tuangkan air sejuk,susu cair dan air halia biar sampai mendidih baru masukkan bawang ramas,daun pandan,air mawar dan beras biar sampai memdidih
Setelah nasi hampir kering kecilkan api dan biarkan sampai betul-betul masak
semasa menghidang taburkan kismis.
 

Sesapa yang kepingin nak makan nasi beriani bulehlah mencoba ya.

Selamat mencoba



BISKUT CORNFLAKE

Hakcipta Terpelihara
Laily Ramli.

Bahannya :

2 cawan tepung gandum.
1/2 cawan tepung ubi.
3/4 cawan gula halus
1 biji telur ayam
1 cawan cornflake ramaskan
1/4 cawan mentega
1 camca teh vanila
sedikit cornflake untuk hiyasan
 

Caranya

Satu semua bahan2 kerin diayak tiga kali kecuali cornflake.
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan vanila, adun sehingga sebati
Masukkan cornflake yang diramas tadi dan juga bahan2 kering yang lain.
Kacau hingga bergaul rata.
Bulat2 kan dan letakkan di atas loyang yang berlenser.
Hiaskan dengan dua tiga keping cornflake.


BISKUT NESCAFE
 

Hakcipta Terpelihara
Laily Ramli.

Bahan-bahan :

200 gm mentega
50 gm gula kastar
150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1 sudu makan nescafe

Cara membuatnya :

Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
Kemudian baru masukkan kopi Nescafe dan apabila sudah sebati masukkan tepung gandum dan jagung.
Apabila adunan tadi sudah sebati dan lembut masukkan dalam acuan samperit



BUBUR KACANG
 

Hakcipta Terpelihara
Ninja

 Wokeh ni plak resepi bubur kacang.

bahan2
1 kg kacang hijau
1 kpg gula melaka (atau gula johor)
4 helai daun pandan
santan dari 1 bijik kelapa
sedikit gula pasir

cara2
1.kacang hijau direndam satu dua jam.jangan lama karang jadi togeh lak.
2.Basuh hingga bersih
3.dah tu rebus hingga kembang bersama daun pandan
4.Masukkan gula melaka,gula pasir dan santan.Kacau hingga sebati
5.Boleh dimakan sejuk atau panas

»Kalau musim durian boleh masukkan durian dan jadilah namanya bubur kacang berdurian.
»resepi ni juga boleh digunakan untuk masak bubur pulut hitam.Cuma tukau saja kacang hijau dgn pulut hitam.


BUBUR KACANG
 

Hakcipta Terpelihara
Ninja

 Wokeh ni plak resepi bubur kacang.

bahan2
1 kg kacang hijau
1 kpg gula melaka (atau gula johor)
4 helai daun pandan
santan dari 1 bijik kelapa
sedikit gula pasir

cara2
1.kacang hijau direndam satu dua jam.jangan lama karang jadi togeh lak.
2.Basuh hingga bersih
3.dah tu rebus hingga kembang bersama daun pandan
4.Masukkan gula melaka,gula pasir dan santan.Kacau hingga sebati
5.Boleh dimakan sejuk atau panas

»Kalau musim durian boleh masukkan durian dan jadilah namanya bubur kacang berdurian.
»resepi ni juga boleh digunakan untuk masak bubur pulut hitam.Cuma tukau saja kacang hijau dgn pulut hitam.


DAGING CINCANG GORENG BERBENDIR
 
 

Hakcipta Terpelihara
Martini

Bahan-bahannya:
4 ulas bawang putih
6 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 camca teh belacan
4 camca besar minyak sayuran
250 gm daging cincang segar Australia
sebelah atas, Knuckle, mata sepeha
300 gm bendir
1 biji lada Benggala merah, dipotong halus
2 camca besar kicap cair
1 camca teh gula

Cara membuatnya:
1. Tumbuk lumat bawang putih, cili merah, bawang merah dan belacan.
2. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.
Masukkan daging cincang.
3. Masukkan bendir, lada benggala, kicap cair dan gula.
Goreng hingga sayuran-sayuran masak.



DAGING GORENG MASAM MANIS
 

Hakcipta Terpelihara
Lini

Assalamualaikum tuan2 dan puan semua....
 

Bahan-bahan :

1/2 kilo daging ( potong nipis )
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
10 tangkai cili kering
2 batang serai
skit kicap, cili sos dan garam...

Cara-cara...

Gaul daging ngan sedikit kunyit dan garam.
Goreng hingga daging empuk.

Bahan2 yg lain dikisar halus dan ditumis hinga naik baunye.
Masukkan kicap, sos dan akhir sekali daging yg siap di goreng. Hidang dan makan....ahakss...



DAGING KICAP
 

Hakcipta Terpelihara
Kuaci

Cara membuatnya :
Rebus daging
hiris daging nipis-nipis.
tumbuk halia dan bawang putih..
perap daging dengan bahan tumbuk dan sedikit kicap agak-agak 5 minit cukup le.
goreng daging sampai garing.
tumis lada api dan bawang merah yang dah dihiris sampai agak-agak masak then masukkan daging goreng tadi. masukkan sikit air rebus daging ( kalau ada lebih masa rebus daging tadi ) - biar gelegak.
Bubuh serai yang dah diketuk dan asam keping then sebelum angkat buh daun limau purut.
Make sure tak banyak sangat kuahnya - agak-agak pekat sahaja.

Lupo lak, bahan-bahan nya:-
daging 1/2 kilo, bawang putih & merah, halia, kicap, asam keping, serai, daun limau purut, cili padi.
korang agak sendiri le banyak mana nak guna bahan-bahan tu ye..
makan dengan nasi panas wow !!!


HINAVA
 

Hakcipta Terpelihara
Pangea

Assalamualaikum,

Resepi simple gourmet orang Kadazan di Sabah yang telah dimodified kepada citarasa keMalaysiaan.

Bahan-bahan -
1. ikan tenggiri fresh (atau baru jerr masuk peti ais)
2. air limau purut, limau kasturi pun orait jugak
3. belacan
4. hirisan nipis bawang merah dan bawang besar
5. hirisan nipis lada
6. hirisan nipis daun kesum
7. hirisan nipis bunga kantan
8. hirisan nipis daun saderi dan daun bawang
9. hirisan nipis halia
10. cili padi

Tekniknya -
1. gaul isi ikan mentah dengan semua bahan lainnya.
2. tambah gula dan garam secukup rasa.
3. masukkan peti ais lebih kurang 1 jam.

* toksah takut makan ikan mentah nie, sebab air asam limau akan menjadikannya masak. kalau tak caya, cuba try test dulu. kalau tak berani makan, bagi kucing makan dulu, tunggu 2 jam. kalau nothing happened, kira oraitlerr tuh.

Psssss :
Kalau ada biji buah membangan di parut dan dan campur sekali lagi best.

Selamat Mencuba.



KARI KEPALA IKAN
 

Bahan-bahanya:

 1 keping kepala ikan tenggiri atau kurau
1 labu bawang besar - dihiris
3 sm. halia - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji tomato - dibelah 4
10 biji kacang bendi - dipotong 2 dan goreng
Air masam jawa secukupnya
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jeera (jintan manis)
25 gm. serbuk kari ikan
1 biji kelapa - ambil 3 cawan santan secukup rasa
2 biji cili hijau
 

Cara-membuatnya:

Sediakan 3 cawan santan dari 1 biji kelapa. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia tumbuk, tomato, kunyit, serbuk jeera, garam, air asam jawa, cili hijau, daun kari dan serbuk kari ikan ke dalam santan. Kacau di atas api hingga elok mendidih. Masukkan kepala ikan dan biarkan mendidih, kemudian perlahankan api. Bila kuah beku sedikit masukkan bendi dan angkat dari api.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang dan daun kari lalu tuangkan ke dalam kari ikan yang siap masak tadi.
 

enarnya makan kepala ikan tidak salah atau memudaratkan cuma elakkan makan otak ikan. Otak ikan adal


KEK COKLAT LEMBAB
 

Hakcipta Terpelihara
Eiyda

 Kek nie kena tunggu lembab dulu baru bole makan tau....sehingga menjilat jari lagi....
 

Resepinye:

Bahan A.
1 cawan air
1 cawan coklat / koko (Van Hountan)
1/2 cawan gula halus

Bahan B.
250 gm Buttercup (1 Ketul la..)
2 cawan gula halus
2 cawan tepung kek
6 biji telur ayam
1 sudu teh vanilla

Cara-caranya..

Bahan A.
1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk
2. Panaskan di atas api yang kecil.
3. Kacau sehingga ia likat
4. Biarkan seketika (Bagi ia sejuk daa...)

Bahan B.
1. Pukul butter sama gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi..
3. Masukkan esen vanila
4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi
5. Kacau hingga sekata
6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana

Untuk Hiasan
Coklat masakan cair di sapu atas kek yg telah masak tu &
taburlah coklar rise pula kat atasnya....

Macam mana ???Okey tak ???Trylah yek...Kek nie kalau simpan lagi lama...lagi sedap tau...tapi janganlah sampai berbulan-bulan lak....Try your Best!!!


KEK COKLAT TANPA TEPUNG
 

Hakcipta Terpelihara
Itam Manis

Assalamualaikum ..

resepinyer cam nih ..
 

Bahan bahan :

250gram Almond nuts
250gram caster sugar
250gram cooking chocolate
5 biji putih telur
5 biji kuning telur
175gram butter
sedikit garam
 

camne nak masak?

1. rendam almond nut, kupas kulit and bakar pada suhu 180c for 20 minit.

2. kisar halus almond nut tadi. Tapi kalau tak halus pun takpe.

3. Cairkan butter, caster sugar dan cooking coklat di atas air mendidih.

4. masukkan kuning telur ke dalam campuran butter, gula dan cooking coklat tadi.

5. pukul putih telur dengan sedikit gaaram sehingga kembang. PAstikan bekas digunakan untuk memukul telur tuh betul betul kering dan telur tu dipukul betul betul kembang.

6. masukkan bancuhan kuning telur = coklat = gula = butter ke dalam putih teluryang dah kembang.

7. panaskan ketuhar.

8. Kacau adunan hingga sebati.

9. masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan mentega.

10. bakar paaada suhu 180 darjah celcius selma satu jam . tapi korang jenguk jenguk laa oven tuh yer? kot kalau loyang yang jenis leper jer .. rentung pulak kek tuh kang .. jangan lupa tengok!!


KEK HITAM MANIS
 

Hakcipta Terpelihara
Ajelza

Sape yg suka jejaka hitam manis boleh try resepi nie...
 

Bahan2:

1 cawan tepung gandum
1 cawan soft margarine
1 cawan gula halus
1 sudu ovellete
3 biji telur ayam
1 sudu esen vanilla
2 sudu serbuk coklat van houten

Cara-cara

Pukul margarie dan gula sampai gebu (putih kekuningan). Lepas tu masuk telur sebiji demi sebiji..Pukul sampai gebu lagi..Lepas tu, campur esen vanilla & ovellete , then serbuk coklat .

Masuk adunan dalam bekas
Panaskan oven sampai 170 degree dan bakar selama 40 minit..

Hmm sedap...hingga menjilat bekas...cuba terai kalau tak caya
 
 


KEK HOLIDAY INN
 

Hakcipta Terpelihara
Suri
 

KEK KUKUS LAPIS  HOLIDAY INN.
 

Bahan-bahannya:

10 biji telur
16 oz mentega
1 tin susu manis
1 tin kecil milo
1 botol kecil holick
2 gelas gula halus -  (boleh kurangkan gula)
2 gelas tepung roti marie - (roti diblend)
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Mentega dipukul dengan gula hingga kembang.

2. Kemudian masukkan telur satu persatu hingga habis.

3. Masukkan susu, vanilla, tepung roti dan gaul hingga sebati.

4. Adunan ini dibahagi 2. Satu bahagian dicampurkan milo dan satu bahagian lagi dimasukkan holick dan warna kuning.

5. Kukus 4 senduk adunan milo hingga masak. Kemudian masukkan adunan hoilick. Kukus berselang seli sampai adunan habis.

SELAMAT MENCUBA!

Pesanan Suri :-
Nama dia Holiday Inn pasal ramai orang tercari-cari ngan rasepi dan nak terai buat waktu cuti raya nak start je....!


KEK KUKUS MATA KUCING

Bahan-bahan:

10 biji telur
16 oz mentega
1 gelas gula
1 tin susu manis
1 tin sederhana sekaya
1 tin nestle cream
1 botol holicks
2 gelas tepung gandum
1 sd teh baking powder
1 sd teh esen vanilla
Browning sugar secukupnya(anggaran 2 sd teh)

Cara membuatnya:

1. Pukul mentega + gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu-persatu
3. Masukkan sekaya + nestle cream + holicks +esen vanilla.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder.
5. Baru bubuh browning sugar, gaul rata dan sebati.
6. Masukkan adunan dalam loyang, kukus hingga masak.
(Anggaran satu jam atau lebih)

Tip :
 Mentega tu gunakan pure cremery butter/cap tong.
(Yang biasa digunakan)
1 tin tu sama dengan 16 0z.
holicks botol kecil.
gula boleh dikurangkan....terpulang, kalu tak nak manis sangat.



LAMB CHOP BERACAR
 
 

Hakcipta Terpelihara
Martini

Bahan-bahannya:
1/2 cawan acar mangga manis
1 camca besar cuka
1 camca besar madu
2 ulas bawang putih, dikisar
2 - 4 keping daging kambing bebiri segar Australia iaitu Lamb chop
Tomato
Kentang

Bahan-bahan perap:
2 camca teh jintan putih, ditumbuk
2 camca teh ketumbar, ditumbuk
1/2 cawan teh cili paprika
1/2 cawan teh garam
1/4 cawan minyak zaitun muda

Cara membuatnya:
1. Satukan acar, cuka, madu dan bawang putih, dibuat bahan sapu.
Gaul bahan perap pada daging dan biarkan sejam.
3. Panggang daging dengan api sederhana sambil disapu bahan sapu sekali-sekala.
Hidangkan dengan tomato dan kentang yang dipanggang.
 


LAKSA JOHOR
 

Hakcipta Terpelihara
Hana

 ops.. seperti yg Hana janjikan dulu..
lupo lak den nak posting pasal menda nih..
meh kenkawan salin & try ler buat..

bahan2:
1 paket speggetti .. direbus, toskan & gaul ngan margerin skit biar tak lekat..
6 ikan kembung..rebus, amik isi,blend & jgn buang air rebusannya..
6 bwg merah..kisar
2 bwg putih..kisar
skit lengkuas..kisar
skit halia..kisar
2 serai..kisar
1 paket kari Adabi..bancuh ngan air
skit asam jawa..bancuh ngan air
skit udang kering..tumbuk
12 cili kering..kisar
1 sudu ketumbar.. kisar
skit jintan.. kisar
1 biji kelapa..1/4 kerisik, 3/4 santan
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
1 ikat daun kesom
2 bunga kantan

bahan sampingan:
daun kesom
daun selasih.. rasanya kat KL susah nak cari..
kacang panjang diracik
timun dipotong membulat..
bawang besar dipotong membulat
taugeh
tauhu digoreng, dipotong kecil2
limau kasturi
sambal belacan.. ummpphhh.

caranya:
panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dikisar tadi.
biar sampai naik wangi..
masukkan udang kering,rempah kari dan rebusan ikan tadi.
masukkan ikan yg dikisar tadi.
masukkan gula melaka, air asam jawa,kerisik, garam dan santan.
last sekali masukkan bunga kantan ngan daun kesom.
dah siap..

hidangkan speggeti bersama kuah dan bahan sampingan tadi...

isk... kalau korang nak tambah pak aji.. leh.. hehhehe

emmm.. ramuannya memang byk.. tapi tu..ler..
yg dikatakan Laksa Johor.. kalau gi JB esp..
try ler.. beli Laksa Johor..
tapi kalau gi Muo.. try ler.. mee bandung.. hehhehe

satu lagi.. pasal cara nak potong timun.. ade stail nya.. yg tersendiri..

emm.. ader sesape penah makan.. sedap kan... heheh

emmmm.. selamat mencuba.. :)


MASAK ASAM TUMIS
 
 

Hakcipta Terpelihara
Zuera

 Assalamualaikum kengkawan....
saya nak bagi resepi masak asam tumis pulak.

Ok bahan2nya:

(sukatannya u all anggarlah sendiri!)
1.Ikan - tak kisahlah ikan apa2 asal nama dia ikan
tapi ikan selar lagi sedap.
2. Beberapa tangkai cili kering - kisar halus
3. Beberapa ulas bwg merah - kisar halus
4. Bwg putih (tapi saya tak suka taruk bwg putih,
nanti badan berbau!) - kisar halus
5. Bwg besar dipotong bulat2
6. Timun dipotong kecil2 (pandai2 u alllah!)
7. Asam keping / air asam jawa
8. Serai dititik
9. Tomato dibelah 4

Cara2:
Ikan terlebih dahulu dibersihkan.
Perap dengan garam sekejap and then gorengkan.
Bila dah garing sikit, angkat.

 Tumis bawang sampai terbit baunya kemudian masukkan cili yg telah dikisar tadi.
Bila cili dah nampak macam garing (jangan sampai hangus pulak!)
masukkan sedikit air (agak2lah untuk berapa ekor ikan).

Masukkan sekali asam keping atau air asam jawa dan serai.
Bila dah mendidih, masukkan timun, bwg besar dan tomato.
Biarkan sekejap sehingga timun agak2 dah masak.

Tutupkan api dan masukkan ikan yg telah digoreng tadi.

Selamat mencuba. I dah terliur ni...



NASI DAGANG
 
 

Hakcipta Terpelihara
Laily Ramli.

Bahan-bahannya:
2 kati beras kasar
1/2 kati beras pulut
1 1/2 biji kelapa
2 cawan air
1/2 cawan bawang merah
2 biji bawah putih
1/2 inci halia
1 sudu kecil halba
Sedikit gula
Sedikit garam

Cara membuatnya:
Kedua beras dan pulut dicampur rata. kemudian direndam selama 1 malam atau 8 jam.
Bawang merah, bawang putih dan hali diracik dan dicampurkan dengan halba.
Kelapa ambil intipatinya sahaja kira-kira 2 atau 2 1/2 cawan.
Masak santan dengan gula dan garam sampai mendidih.
Beras yang direndam ditoskan dan dikukus sampai masak.
Diangkat dan dikacau nasi tadi dengan santan yang dimasak dan juga bahan-bahan yang diracik tadi.
Dikukus sekali lagi sampai menjadi lembut dan berminyak.


NASI PAPRIK
 
 

Hakcipta Terpelihara
Ajelza

 Since dah ade orang nak resepi nasi paprik, teman nak tunjuk sikit pada deme semua...OK gini caranye..
 

Bahan-bahan:

5 pinggan nasi putih panas2
1 kilo isi ayam/daging
6 biji cili padi/api (hiris2)
3 ulas bawang merah (hiris halus2)
2 ulas bawang putih (juga hiris)
½ batang serai yg dilanyak
5 sudu cili sos Aminah Hasan
2 sudu tomato sos Aminah Hasan (Tak nak Lingam's sos)
1 sudu sos tiram ADABI
3 batang kacang panjang (potong pendek2)
2 sudu bawang goreng (beli lagi senang)
Garam secukup rasa
Minyak masak (of course la)

Cara membuatnya.

Panaskan minyak. Tumis bawang merah & putih ..Lepas kuning tumis dengan cili api pulak..Lepas tu tumis dengan segala sos tadi, serai & kacang panjang...Taruk sikit air (agak2 la) selepas gelegak...Lepas tu humban kacang panjang..Tumis lagi dan taruk garam..Lepas tu taruk isi ayam pulak..sampai naik baunye..
 

Lepas tu hidang le dengan nasi panas tadi....hmmmmmm terlior teman dibuatnye....

CUBE LE TRY..



LAKSA KEDAH
 

Hakcipta Terpelihara
Cotpin

Ini masakan orang lelaki punya garenti sedap.

Laksa kering dimasukkan kedalam rice cooker dan masukkan air sama paras dengan laksa itu tadi.
On kan suis tunggu hingga lampu merah padam.
Kemudian basuhkan laksa yang telah masak itu dengan air sejuk
hingga laksa menjadi sejuk, lepas tu toskan.

Bahan untuk kuah pula.

Ikan Temenu (kembong)
Cabai Melaka (Cili api)
2 ulas bawang merah
sedikit belacan (tak mau bubuh pun tak apa)
garam,asam keping dan serbuk perasa.

Bahan untuk tabur atas laksa

Timun
Cabai melaka
Pucuk Janguih kalau tak ada daun salad pun boleh

Sesuai dimakan waktu sebelum Magrib.(petang la)
ok wasallam............


1999/2000
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya