Perisian HTML

Perisian yang mudah ialah netscape composer yang datang bersama pelayar netscape navigator. Jika anda mempunyai netscape navigator gold 3.xx atau netscape communicator 4.xx anda ada editor tersebut. 
 

Frontpage express / Frontpage 98/ Frontpage 2000 

Seperti mana-mana keluaran microsoft, FP lebih banyak membuat masalah dari memudahkan tugas anda. Antara kelemahan frontpage adalah : 

  • Tidak serasi dengan web browser lain selain dari msie
  • Membazir ruang cakera keras (40mb +)
  • Memerlukan msie 4.xx
  • Install personal web server
  • Menggunakan html tag yang bukan-bukan
Semasa saya baru bermula membuat homepage saya sudah mencuba berbagai-bagai editor yang kononnya bagus dan mudah seperti HotMetal, NetObject Fusion, Adobe PageMill, WebMania, MSword97 , hippie , coffee cup.... . 

Saya sekarang menggunakan netscape composer 4.xx dan menggunakan homesite 3.1 untuk sentuhan akhir. Setakat guna netscape tak akan menjadi kerana netscape pun ada bug tersendiri. Sebab itulah perlu pelajari asas html tag terlebih dahulu. 
 

Berikut adalah beberapa html editor yang disyorkan

Html tool (percuma) 
Arachnophilia (Careware -- "It isn't about money -- you just have to *CARE") 
Stone's WebWriter
The Best Postcardware Text Editor on Earth
SiteAid

Kembali Ke Menu Tips Komputer


2000
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya