Membina Laman Web


Laman Web yang dapat memuaskan hati para pengunjungnya adalah sebuah laman Web yang mempunyai tujuan dan objektif. Dengan itu maklumat yang hendak disampaikan kepada para pengguna akan mencapai sasarannya dalam penyampaian informasi. Berikut adalah panduan-panduan umum cara membina sebuah laman Web di dalam Internet dan cara mencapai objektif.
 
 

1. Tentukan objektif Laman Web
 

Apakah tujuan anda membina laman Web? Adakah hanya untuk suka-suka atau untuk memenangi sebuah pertandingan? Walau apapun tujuan anda, objektif utama anda pastilah untuk menyampaikan maklumat tentang diri anda atau produk sesebuah syarikat. Walauapapun tujuannya, anda perlulah menulis dahulu objektif laman Web anda dan tanya apa tujuan anda. Anda akan lebih berpuas hati dengan hasilnya nanti.
 
 
 
 

2. Rekalah keseluruhan struktur dan kandungan laman Web
 

Anda perlu memberi perhatian yang khusus bagi pembinaan keseluruhan tapak Web anda dan bukan terhadap laman tertentu sahaja. Laman Web yang bermutu ialah laman Web yang dapat memberi informasi yang dikehendaki oleh pembaca, mempunyai konsistensi, dan bukan laman menyukarkan pengguna ketika melayarinya. Walaupun laman Web itu tidak menarik dan canggih tetapi laman Web anda mudah dicapai dan digunakan maka para pengunjung pasti akan mengingati laman Web itu dan kembali. konsistensi yang menyenangkan adalah penting untuk menarik pengunjung. Dengan sebuah jadual diperlukan bagi membolehkan laman Web itu dikemaskini dalam jangkamasa yang tertentu. Dengan struktur yang mudah dan teratur sebuah laman Web itu akan mudah diuruskan.
 

Anda perlu menulis isi kandungan, penampilannya atau apa jua mengenai laman Web itu kerana mungkin anda akan terlupa akan idea anda itu. Penampilan laman Web yang perlu anda catat ialah ciri-ciri font (jenis font digunakan, saiz, warna, jarak antara huruf) dan paparan grafik (berapa piksel dan jumlah titik dot perinci atau dpi). Ini akan memudahkan anda mengemaskini kerja-kerja pembinaan laman Web anda itu pada kemudian hari. Pastikan anda menyimpan satu contoh imej asal yang anda reka itu sebelum melakukan pengubahsuaian ke atas imej tersebut. Simpan salinan dalam format Photoshop (PSD) bersama lapisan (layer) yang telah anda buat, mungkin kerana anda akan memerlukan imej itu semula semasa melakukan pengemaskinian.
 
 
 

3. Lakarkan laman Web dengan mengguna pen dan kertas
 

Jangan sekali-kali menggunakan editor HTML untuk memulakan laman Web anda. Gunakan pen dan kertas untuk melakar secara kasar rajah hierarki laman Web anda dan gunakan perisian-perisian seperti Quark, Pagemaker, Illustrator atau Freehand untuk membentuk grafik yang lebih cantik. Ia juga akan membuatkan tugas lebih payah dengan perkara remeh seperti penggunaan jadual dan susunan teks. Akhirnya anda akan menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak penting. Anda tentu mahukan penampilan laman Web anda yang tersendiri, menarik dan unik. Gunakan editor HTML anda hanya sesudah anda menyiapkan struktur rekabentuk laman Web anda.
 
 
 

4. Cantikkan isi kandungan
 

Rekabentuk laman Web yang menarik adalah tidak berguna tanpa kandungan yang menarik juga. Pastikan anda mempunyai isi kandungan yang dikehendaki oleh pembaca. Pembaca mungkin hanya memerlukan informasi yang penting sahaja tanpa mengambil kira penampilan laman anda. Jika apa yang dicari tidak diperolehi oleh pembaca, mereka tidak mempunyai sebab untuk kembali ke laman web anda. Apa yang ditekankan di sini, rekabentuk yang menarik dan isi kandungan yang bagus adalah penting bagi sesebuah laman Web.
 
 
 

5. Kandungan yang konsisten dan gunakan templat
 

Seperti telah ditekankan sebelum ini, konsisten merupakan faktor utama sesebuah laman Web yang bagus. Objektif utama anda sepatutnya membina laman Web di mana pengunjung mudah mendapatkan apa yang mereka mahu. Penampilan laman Web anda tidak semestinya stereotaip dengan laman-laman Web lain. Akan tetapi struktur dan gaya penggunaan mestilah konsisten untuk kesemua laman yang terkandung di dalamnya.
 

Untuk mempunyai laman Web yang konsisten, anda perlu boleh mengadakan templat untuk laman-laman Web anda. Anda boleh membuat fail asas HTML dengan menggunakan elemen grafik, bar menu, dan logo yang mempunyai kedudukan statik. Kemudiannya anda hanya perlu 'copy' dan 'paste' segala isi kandungan diperlukan ke dalam fail templat tadi dan menyimpannya ke dalam sebuah fail baru. Dengan cara ini juga anda akan menjimatkan masa, mengurangkan kesilapan dan memudahkan orang lain menambahkan isi kandungan yang diperlukan.
 
 
 
 

6. Ikutlah kehendak pembaca
 

Anda perlu membuat kaji selidik mengenai lihat laman Web anda daripada pengunjungnya. Anda juga boleh mendapatkan pendapat rakan anda tentang laman Web tersebut, bukan hanya sekadar menyediakan borang komen di dalam laman Web anda. Langkah ini perlu dalam memperbaiki mutu laman Web anda.
 
 

Anda perlu ingat bahawa pengunjung laman Web anda mempunyai resolusi monitor yang berubah-ubah dan mungkin mempunyai sambungan yang lemah. Anda mungkin menggunakan monitor dengan resolusi 2000x1500 dan 32 bit warna serta sambungan T3 ke Internet. Jika laman anda menyukarkan pembaca, anda dianggap tidak berjaya mencapai objektif laman Web anda walaupun anda mempunyai laman Web yang canggih. Resolusi yang sesuai ialah 640x480 dengan warna 256 video. Para pengunjung akan lebih kerap ke laman Web yag mudah dicapai dan pantas memindahterima bahan. Dengan itu segala grafik yang anda gunakan hendaklah konsisten dan mempunyai dpi yang sesuai iaitu 72 dpi.
 

7. Sambungkan yang penting sahaja
 

Anda perlu memastikan bahawa sambungan yang digunakan dalam laman Web itu tidak mengelirukan pengunjung dan ia juga haruslah mempunyai rupa yang konsisten. Jika anda membuat sesuatu sambungan itu dengan bijak, pengunjung akan dapat melihat arah tuju laman Web anda dengan lebih mudah. Jadikan laman Web itu seperti sebuah pasaraya yang tersusun rapi supaya pengunjung lebih senang mencari maklumat dalam laman Web anda.



 
 

1999/2000/2001
©Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yaha