MURTAD

 

Murtad adalah meninggalkan Islam,berpindah kepada agama lain atau kepada tidak beragama, sedangkan ia orang berakal.Ia menjadi murtad dalam keadaan pilihannya
sendiri.

Bagi Islam,apabila seseorang itu menganut Islam maka ia tidak lagi boleh mengundur memilih agama lain kerana Islam sahajalah agama sebenar.Agama lain yang tidakmempunyai hukuman berat pada penganutnya yang beralaih agama atau mempunyai tolak ansur dalam memilih agama,menunjukkan ketidakbenarannya agamatersebut kerana masih membuka ruang untuk memilih agama.Seolah-olah menyatakan agama itu sendiri tidak benar.

Seseorang yang murtad hendaklah diseru supaya kembali kepada Islam selama tiga hari.

Jika ia tidak kembali setelah itu,maka kepadanya dijatuhkan hukuman mati.Sabda Rasulullah:
"Sesiapa yang menukar agamanya hendaklah kamu membunuhnya."  Riwayat Bukhari
Setelah dibunuh,mayatnya tidak dimandikan ,tidak dikafan,tidak disolatkan dan tidak dikuburkan di tanah perkuburan orang Islam.