Grafik dan Gambar



Sebelum anda menghantar laman ke internet untuk disebarkan, tentunya anda ingin menghias supaya nampak cantik dan ada tarikan untuk orang membacanya tanpa bosan. Anda boleh menghias laman anda menggunakan grafik dan gambar. Grafik lebih memberi makna kepada lukisan,kartun,latarbelakang,warna dan sebagainya. Gambar lebih tertumpu kepada gambar anda sendiri,gambar keluarga,gambar kucing anda dan banyak lagi. Kebanyakan data grafik dan gambar disimpan dalam bentuk format gif dan jpg, ini memudahkan orang lain yang menggunakan pelbagai jenis komputer seperti Mac, unix, dengan mudah melihatnya.
 

Grafik digunakan hampir semua orang yang membuat laman, terutamanya untuk memberi kesan khas(effect-supaya nampak cantik dll) , ada juga menggunakannya sebagai maklumat kepada orang. Contohnya anda menaip 'selamat datang' di laman anda, kalau anda meletakkan grafik seperti tangan melambai masuk, sudah tentunya grafik itu mudah difahami, lebih diberi perhatian, lebih menarik dan cantik.
 

Anda boleh mendapatkan grafik dengan mudah dan percuma di beberapa laman ini: Gifpile ,Blonde Candy, A Touch of Country.
 

Ada beberapa perkara yang perlu diingat apabila menggunakan grafik di internet:-
 

# Jangan terlalu banyak menggunakan grafik terlalu besar, terlalu beranimasi, ini menyebabkan pengunjung laman anda yang taliannya perlahan mengambil masa yang lama untuk melihatnya atau dengan kata lain mengambil masa yang lama untuk fail itu dihantar ke tempat pelawat tersebut.
 

# Grafik anda biarlah ada satu tema ke arah sesuatu, seperti warna hijau sahaja(PAS), biru sahaja(umno), gambar kucing sahaja, dan anda dapat mencari banyak laman grafik percuma yang menyediakan grafik berpakej ke satu-satu tema tertentu.
 

# Jangan menyambungkan grafik orang lain kepada laman anda, selain ia melambatkan( kecuali laman itu laju), ia dipanggil mencuri talian(banwidth stealing) dan ia salah jika tanpa kebenaran orang itu.
 

# Sentiasa cuba tulis sendiri arahan HTML bila memasukkan grafik, arahan alt boleh memberitahu gambaran sesuatu gambar tertentu kepada pengunjung yang tidak boleh melihat gambar itu.
 

# Jika ingin juga menggunakan grafik yang besar, seboleh-bolehnya sediakan link(sambungan?) ke gambar besar, bila sambungan itu ditekan ,barulah gambar itu muncul.
 

Grafik banyak memberi kelebihan kepada penggunanya terutama dari segi senang difahami,walaupun orang asing sekalipun tentu akan faham gambar surat menunjukkan email boleh dihantar di alamat ini. Walaupun begitu grafik melambatkan laman anda untuk dilihat. Jadi gunalah grafik sebaik mungkin dan laman anda pasti nampak cantik dengan GRAFIK.


92001
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya