Semakin banyak pembina laman Web menggunakan Flash dan Shockwave sebagai media perantara untuk membina laman Web yang menarik dan berinteraktif. Penggunaan Flash dalam animasi dan antaramuka memberikan pembina laman Web kebebasan untuk menghidangkan sebuah laman Web yang terbaik.
1. Macromedia
- http://www.macromedia.com/
Syarikat Macromedia
Inc. adalah pereka koleksi perisian Macromedia seperti Director, Shockwave
dan Flash. Laman Web ini dibina sepenuhnya dengan Flash dan mempunyai tahap
interaksi yang terbaikd dengan pengguna. Sebuah laman Web yang ringkas
dan yang terbaik sebagai contoh untuk penggunaan Flash dan Shockwave.
2. Balthaser
- http://www.balthaser.com/
Laman Web sebuah
syarikat penyedia perkhidmatan multimedia dan Internet yang berjaya menggunakan
Flash dan Shockwave secara maksima. Menyaksikan laman Web ini adalah seperti
menyaksikan sebuah promo di TV dan menyediakan antaramuka yang terbaik
antara lapan laman Web yang terdapat dalam senarai ini.
3. Shockwave
- http://www.shockwave.com/
Sebuah syarikat
dot.com yang berupakan anak syarikat Macromedia. Laman Web ini memaparkan
penggunaan Shockwave dalam animasi dan antaramuka Web. Anda boleh mendapatkan
kartun, kad elektronik dan pelbagai lagi menerusi laman Web ini.
4. Digital
innovators - http://www.kodak.com/us/en/corp/features/digitalinnovators/
Sesuai dengan
tajuknya iaitu Penginovasi Digital maka penggunaan Flash adalah yang terbaik
untuk laman Web ini. Laman Web ini telah menggunakan teknik flash yang
agak susah hendak dibuat dan hasilnya adalah mengkagumkan. Singgahlah untuk
mengetahui kecanggihannya!
5. Lego
- http://www.lego.com/
Keupayaan Flash
juga digunakan dengan baik dalam laman Web ini bagi memberikan sebuah antaramuka
yang disukai oleh kanak-kanak. Dengan kesan bunyi dan teks yang besar dipaparkan
dalam laman Web ini maka Lego bukan sahaja adalah pengeluar permainan kanak-kanak
terbaik malah penghasil laman Web terbaik.
6. Vecta3d
- http://www.vecta3d.com/
Laman Web ini
adalah untuk memperkenalkan sebuah teknologi imej vektor 3D yang dinamakan
Vecta3D. Dengan penggunaan Vecta3D, dapat memampatkan grafik vektor 3D
daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil. Anda akan dapat
saksikan sebuah animasi ikan berenang yang dibuat dengan Flash bersaiz
12K.
7. First
9 Months - http://www.pregnancycalendar.com/first9months/
Anda ingin
tahu perkembangan anak daripada janin hinggalah kelahiran bayi, laman Web
ini mampu memberikan gambaran yang sebenarnya. Anda boleh mendapatkan maklumat
perkembangan bayi dalam bentuk persembahan multimedia Flash. Para bakal
ibu dan bapa silakan!
8. Synewave
- http://www.synewave.com/html/swnew.html
Sebuah lagi
laman Web korporat yang menggunakan Flash dengan amat berkesan dalam persembahan
maklumat syarikatnya. Antaramuka, muzik latar dan rekabentuk laman Web
ini adalah menarik dan berkesan. Dengan konsep hitam dan putih, laman Web
Synewave adalah sebuah laman Web menarik.
9. Hub
Interactive - http://www.hubinteractive.com/
Nampaknya laman
Web ini merupakan laman Web syarikat yang keempat di dalam senarai ini
yang menggunakan Flash sebagai media. Sebagai penyedia perkhidmatan multimedia
dan Internet, Hub telah menghidangkan maklumat syarikatnya dalam bentuk
yang enak sekali.
10. Maestro
Commerce - http://www.maestrocommerce.com/overflash.asp
Laman Web syarikat
penyedia perkhidmatan e-dagang ini, telah menggunakan Flash dengan amat
berkesan sekali untuk mengambarkan produk dan objektif syarikat tersebut.
Jika saya sebagai seorang peniaga yang ingin mencari jururunding laman
Web syarikat, saya pasti akan memilih Maestro Commerce setelah saya melihat
laman Web mereka.
Ciri-ciri
terbaik sebuah laman Flash atau Shockwave
a. tiada
tetingkap tambahan
b. menu
berinteraktif
c. animasi
menarik
d. lagu
dan kesan bunyi yang berkesan
e. masa
pindah terima yang singkat
2000
©
Allright Reserved by
Mohd
Hafiz Yahaya