20 tahun yang lalu, teknologi pembikinan filem wayang telah meningkat dengan kadar yang cepat dan banyak teknologi dipilih sebagai plot filem. Namun begitu tidak semua filem teknologi memberikan kisah yang menarik, contohnya Short Circuit dan Short Circuit 2 yang telah membawa kisah sebuah robot mempunyai nyawa. Kemudian filem The Net yang memberikan paparan penggunaan teknologi komputer yang tidak logik. Berikut adalah 10 filem teknologi yang menarik :
1. THE MATRIX
(1999)
Filem yang mengabungkan
turutan aksi yang menarik dan penggunaan perkakasan teknologi "otak" yang
canggih. Gabungan antara fantasi dan realiti.
2. WAR GAMES (1983)
Sebuah filem mengenai
pengodam (hacker) yang hidup dalam dunianya sendiri. Watak utama dalam
filem ini berjaya memecah masuk ke dalam sistem komputer kerajaan dan melumpuhkan
seluruh dunia.
3. STAR WARS:
EPISODE 1 THE PHANTOM MENACE (1999)
Filem ini mempunyai
ratusan watak digital dan perlumbaan pod yang menarik. Antara watak yang
menarik perhatian ialah Jar Jar Binks dan ia juga merupakan antara watak
yang paling dibenci oleh para penonton.
4. BLADE RUNNER
(1982)
Gambaran masa hadapan
Los Angeles yang dimusnahkan oleh teknologi.
5. TOY STORY (1995)
Filem animasi 3D
yang pertama dan ia telah membuka jalan kepada puluhan filem animasi 3D
selepasnya. Filem ini memerlukan 800,000 jam untuk direnderkan dan menggunakan
118 komputer berasaskan SPARC.
6. JURASSIC PARK
(1993)
Filem pertama yang
mengabungkan grafik berkomputer (CG) dengan aksi hidup. Hanya dinosaur
sahaja yang menarik... yang lain tidak!
7. TERMINATOR
2: JUDGMENT DAY (1991)
Kisah robot yang
paling menarik dan aksi T-1000 adalah kejayaan kepada dunia grafik berkomputer.
8. THE ABYSS (1989)
Filem pertama diterbitkan
menggunakan THX Laserdisc. Ia juga menggunakan teknologi CG yang canggih
dan kolam air sebesar 7 juta gelen.
9. THE LAST STARFIGHTER
(1984)
Kesan khas filem
ini adalah yang pertama dihasilkan dengan menggunakan komputer. Walaupun
plotnya kurang menarik tetapi sebuah batu loncatan untuk teknologi filem.
10. INDEPENDENCE
DAY (1996)
Dalam filem ini
dunia diselamatkan oleh sebuah virus komputer!