Fadilat Ayat Kursi
RASULLAH bersabda, bermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat kursi,Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
 
  • Sabda baginda lagi: "Umatkuyang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar,"
    • Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad.
    • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan dan perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
    • Penagamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada penceroboh pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
    • Mengamal bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
    • Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,insya-Allah,bole h menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
    • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.



    NOTA:Segala khasiat yang di perturunkan oleh fadilat diatas tidak akan berlaku tanpa izin Allah.Oleh itu carilah keredaan Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.

    KEMBALI KEMENU

     

    1999/2000
    © Allright Reserved by
    Mohd Hafiz Yahaya