Semakin Menular !


Nama-nama seperti BackDoor-G, Pretty Park, Worm.ExploreZip, Melissa dan CIH bukanlah nama sebuah kumpulan rap atau pop tetapi nama-nama virus generasi baru yang muncul dengan semakin kerap sejak akhir-akhir ini. Marilah kita kenali secara ringkas virus-virus yang telah muncul sejak bulan Mac 1999 dan menggunakan Internet serta emel untuk menyebarkan jangkitannya.

Worm.ExploreZip

Virus ini juga dikenali sebagai “doozy” dan ia mula dikesan oleh para pekerja Microsoft, Intel dan Syemantec bulan lalu. Virus ini dipindahkan dengan menggunakan fail ZIP yang dihantar menerusi emel di mana ia akan menjangkiti komputer setelah ia dibuka. Jika anda mendapat sebuah emel dengan mesej "Got your email. I'll reply ASAP. Until then, here's the zipped documents.", anda hendaklah terus membuang fail ini.

Worm.ExploreZip akan merebak menerusi ciri-ciri automasi dalam program emel Microsoft Outlook. Virus ini menyerupai virus Melissa yang dikesan pada bulan Mac lalu. Ia akan memadamkan fail-fail dokumen perisian-perisian Microsoft Word, Excel, dan Powerpoint. Virus ini merebak dengan perlahan tetapi mampu melakukan kerosakan besar.

CIH

Versi pertama virus ini muncul pada Jun 1998 dan dipercayai berasal daripada Taiwan. Versi terbaru virus ini muncul pada 26hb April 1999 dan telah berjaya merosakkan lebih sejuta buah komputer di seluruh dunia terutamanya di Asia seperti China, Taiwan, Malaysia, Singapore, Japan dan India. CIH telah ditulis di Taiwan oleh seorang pelajar bernama Chen Ing-hau berusia 24 tahun.

Virus melakukan kerosakan dengan memadamkan semua fail dalam cakera keras dan merosakkan komputer. Ramai pengguna tempatan yang terkena virus CIH ini berasa amat marah dan sedih kerana komputer mereka telah rosak akibat daripada perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab. Contohnya seorang pelajar di IPTA tempatan telah menelefon saya dalam keadaan sedih yang teramat akibat kelihatan tesisnya yang 95% siap daripada komputer yang digunakannya.

Melissa

Melissa menjangkiti sebuah PC dengan mencuba untuk membuka perisian Microsoft Outlook dan menghantar sebuah salinan emel kepada 50 orang yang terdapat dalam buku alamat pengguna. Ia akan memuarkan mesej seperti "Important Message from [username]." The message it sends reads: Here is that document you asked for ... don't show anyone else. ;)”.

Virus ini akan disebarkan menerusi sebuah fail list.doc yang mengandungi senarai laman Web lucah. Jika fail itu dibuka maka secara automatik komputer itu akan dijangkiti dan mencari Outlook untuk menjalankan tugas jahatnya.

BackDoor-G

BackDoor-G adalah sebuah aturcara Trojan yang dihantar melalui Internet menerusi spam emel dan ia dipindahkan dalam format program “screensaver”. Jika program ini dijalankan maka komputer itu boleh dicapai dan dicerobohi oleh pengguna yang tidak dibenarkan. BackDoor-G akan menjangkiti komputer yang menggunakan Windows dan ia tidak boleh dikesan oleh pengguna. Aturcara ini juga mampu menukar nama failnya dan bersembunyi daripada pengesanan perisian antivirus.

Pretty Park

Pretty Park disebarkan menerusi emel di mana virus itu akan bercantum kepada koleksi alamat dalam fail Microsoft Outlook. Seterusnya ia akan mencuri maklumat seperti nombor telefon, kata laluan dan maklumat penting yang lain mengenai komputer pengguna itu dan dihantarkan kepada sebuah tapak borak Internet.

Menghapuskan virus

Untuk menghapuskan virus anda boleh mendapatkan sebarang perisian antivirus yang terkenal. Seperti Norton Antivirus 5.0, McAfee Virusscan 4.0, Innoculate 1, Dr. Solomon’s Antivirus, PC-Cilin dan Armour. Anda hendaklah pastikan bahawa perisian antivirus anda sering dikemaskini untuk mendapatkan senarai virus terbaru. Anda juga hendaklah sentiasa menuruti perkembangan virus dan perisian antivirus bagi melengkapkan diri anda jika mendapat berita serangan yang bakal berlaku seperti yang dilakukan oleh virus CIH.  Selain daripada perisian-perisian di atas anda juga boleh mendapatkan program pembersih virus seperti CleanCIH dan ExploreZIP Worm Cleaner 1.0 daripada laman-laman Web seperti www.download.com dan www.filemine.com.

Kembali ke Menu Utama

1999/2000/2001
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya