Cegah dan Selamat
     Bermain dengan internet kadang-kadang boleh membahayakan diri dengan informasi salah, virus, hasutan, bahan lucah dan sebagainya. Selamatkan diri anda dari internet, jangan biarkan internet menguasai diri anda sehingga lupa kepada pelajaran dan tanggungjawab anda sebagai manusia. Ada beberapa perkara yang perlu anda beri perhatian ketika bermain internet.

1. Orang yang bercakap dengan anda di chat room meminta alamat, gambar,perihal latarbelakang dan keluarga anda.

2.Laman yang menyiarkan benda yang kurang senonoh.

3. Virus yang mungkin boleh anda terambil terutamanya seseorang semasa di chat room tiba-tiba menghantar fail tanpa kebenaran yang kemungkinan itu ialah virus.
Semua perkara diatas mungkin suatu perkara kecil tapi ia akan menjadi besar bila tidak dicegah terutamanya virus dimana komputer saya sendiri hampir kena dengan virus CIH, komputer kawan saya kena teruk dimana terpaksa terpaksa format balik hardisk. Cara dan pencegahan perkara diatas.

1. Ada orang meminta gambar dan sebagainya, cara paling baik ialah mengabaikannya, cara lain cuba dapatkan nombor IP dan selidik asalnya.Kalau tak dapat selidik sendiri, dapatkan pertolongan operator di chat room itu.

2. Laman yang tidak senonoh. Paling baik ialah mencegah dari awal lagi, guna internet explorer yang menyediakan sistem rating untuk mencegah dari melihat laman tak senonoh. Atau guna proxi, terutamanya proxi arab saudi yang mencegah laman lucah. Cara lain guna servis berbayar seperti netnanny, netpatrol dan sebagainya. Nasihat saya ialah cegah diri sendiri, contohnya - jika anda sekeluarga ada komp letak ditempat yang terbuka dan kunci guna password yang anda sendiri tak tahu(cth - isteri anda je tahu), anda seorang ada komp, jangan guna internet dibilik sendiri, guna ditempat awam supaya anda merasa susah untuk internet dan susah nya untuk membayar internet.

3, Virus boleh anda ambil dimana-mana terutamanya ketika chat. Jangan ambil sebarang fail dari orang yang anda tak kenali, sentiasa periksa komp anda dengan antivirus sekurang-kurang sekali seminggu untuk penagih internet, sebulan 2 kali kepada yang jarang bermain internet dan sebulan sekali untuk yang tidak bermain internet tetapi berkongsi disket dengan orang lain.

Sudah tentu apa yang saya tulis ini bukan yang terbaik, tetapi cegahlah sebelum terkena atau ketagih, kata orang mencegah itu lebih baik dari berubat, jangan biarkan diri anda dikuasai internet, anda yang menguasai internet.


2001
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya