Buletin Masjid Al-Barakah



 
  

TANDA-TANDA HAMBA KESAYANGAN ALLAH CIRI-CIRI KEMENANGAN
DOSA KECIL MENJADI DOSA BESAR JANJI ALLAH KEPADA ORANG BERIMAN
SYUKUR APA YANG HARUS DI LAKUKAN KETIKA SAKIT.
NILAI MASA DALAM KEHIDUPAN KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM
ADAB-ADAB TERHADAP DIRI SENDIRI KELEBIHAN BERSUGI ATAU SIWAK
PENTINGNYA MUHASABAH DIRI BERTAUBAT KEPADA ALLAH
ANAK-ANAK ZAMAN INI
 
 

TANDA-TANDA HAMBA KESAYANGAN ALLAH

1.Rasulullah bersabda:
"Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hambaNya,Ia terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi,dan
sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hambaNya,ia tidak membalaskan perbuatannya yang berdosa di dunia
sehingga ia membalaskannya nanti pada hari kiamat." Riwayat Tabrani
Sebahagian dari tanda kesayangan Allah kepada hambaNya ialah Ia mempercepatkan balasanNya di dunia lagi agar manusia itu insaf dan
dapat memperbetulkan kesalahannya serta kembali ke jalan yang benar.Sebaliknya tanda bagi orang yang dibenci oleh Allah, akan
dibiarkan mereka bergelumang dengan dosa dan maksiat dan mereka terus lalai dan lupa di dunia ini.
Setiap mukmin sepatutnya menerima segala kesusahan yang berlaku di dunia ini dengan redho yang mungkin ianya sebagai hukuman
yang diturunkan Allah kerana kesalahan dirinya,atau mungkin sebagai satu dari tanda kesayangan Allah.Adalah lebih baik jika kita
menerima hukuman atas kesalahan kita di dunia ini lagi agar kita insaf dan berkesempatan bertaubat bertaubat kerana balasan di akhirat
adalah lebih dahsyat serta tidak ada ruang lagi untuk bertaubat.
Elakkanlah dari mengeluh dan berdukacita bila Allah timpakan kesusahan dan kepayahan di dunia ini.
2.Sabda Rasulullah:
"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang,nescaya ia bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan
kepercayaan yang kukuh,Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya,ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan
lidahnya bercakap benar dan perangainya lurus,dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat."
Riwayat Abu As Sheikh dari Abu Zarr
Apabila Allah kasihkan seseorang hambaNya Ia akan membuka hatinya menjadikan ia cinta kepada Allah,kemudian ia akan mempunyai
keyakinan yang teguh.
Dengan itu ia akan berhati-hati dalam hidupnya agar tidak terjebak dalam dosa dan terhindar dari penyakir hati seperti
hasad,takabbur,ria, ujub, dendam marah dan sebagainya.Kesan dari ini ia akan bercakap benar sahaja.Seterusnya ia akan mempunyai
mata yang dapat melihat dan memahami keagungan Allah;telinga yang cintakan nasihat yang benar.
Marilah kita memeriksa diri,apakah kita mempunyai tanda-tanda kesyangan Allah ini seperti yang disebutkan oleh Rasulullah dalam dua
hadis di atas.
AKHLAK MUSLIM
Sabda Rasulullah:
"Bertakwalah kepada Allah dan jangan sedikit pun memandang kecil kepada kerja kebajikan walaupun sekadar mencurahkan air dari
timba ke dalam bekas orang yang meminta air dan menemui saudara dengan muka yang riang. Jauhilah melabuh-labuhkan pakaian
kerana melabuhkan pakaian itu dari sifat takbur,satu sifat yang tidak disukai Allah.Andainya ada orang yang memaki dan mencaci denga
sifat yang tidak ada pada kita,maka janganlah mencacinya dengan sifat yang ada padanya,biarlah ia yang menanggung padah dan kita
mendapat pahalanya dan janganlah memaki seorang yang lain.
Riwayat At Tayalisi dari Jabir bin Sulaiman
Dari hadis ini dapat dipetik beberapa akhlak muslim yang lahir dari ketakwaannya. Antaranya ialah:
Tidak memandang rendah atau kecil kerja kebajikan yang walaupun mudah kerana ia sentiasa mengintai untuk melakukan
kebajikan.Bandingan yang dibuat adalah seperti menuangkan air dalam timba orang lain. atau memandang orang lain dengan senyuman
juga menjadi amal kebajikan. Tidak berpakaian yang melambangkan rasa takabbur. Mestilah bersikap berlapang dada dan bersabar atas
maki hamun dan cercaan serta umpatan orang lain .
Sabda Rasulullah:
"Jagalah diri dari perkara yang haram nescaya kita akan menjadi manusia yang ‘abid, dan terimalah dengan penuh kerelaan pembahagian
yang telah ditentukan Allah kepada kita nescaya kita akan menjadi manusia yang kaya,berbudilah kepada jiran kita nescaya kita akan
menjadi mukmin yang sebenar,dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai oleh kita untuk diri sendiri nescaya kita akan menjadi
seorang muslim yang sebenar,dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa mematikan hati." Riwayat Imam Ahmad
Dalam hadis di atas disenaraikan lagi beberapa akhlak muslim:
Menjauhi perkara yang haram. Kesanggupan menolak perkara yang haram mencerminkan darjah keimanannya kepada Allah. Merasa
mencukupi dan memada dengan apa yang dikurniakan Allah setelah berusaha,menyebabkan ia merasa dirinya kaya.Dia tidak memburu
sesuatu yang melampaui batas kemampuan. Berbaik dengan jiran yang merupakan asas kepada kekukuhan persaudaraan Islam dan
membentuk kekuatan masyarakat Islam. Menyintai orang lain seperti menyintai dirinya sendiri.Ia tidak melakukan sesuatu yang buruk
kepada orang lain sama seperti ia tidak mahu perkara tersebut berlaku pada dirinya. Jangan banyak ketawa kerana banyak ketawa yang
berlebihan akan mematikan hati.Hidupnya sentiasa mengingat keseronokan dan hiburan sedangkan mati menunggu di hujung kehidupan.
SABAR PADA KEMATIAN ANAK
Sabda Rasulullah:
Apabila mati anak seorang hamba Allah,maka Allah bertanya kepada malaikatNya,"Kamu mengambil nyawa anak hambaKu?".Jawab
mereka,"Ya".Allah bertanya lagi,"Kamu mengambil buah hatinya?"Jawab mereka,"ya".Allah bertanya pula,"Apa kata hambaKu itu?".Ia
berkata: Alhamdulillah!Innalillahiwainna ilai hiro jiuun"Lalu Allah memerintahkan ,"Dirikanlah untuk hambaKu itu sebuah rumah dalam
syurga dan namakan Rumah Sanjungan(Baital Hamd)
Sesungguhnya ganjaran bagi mereka yang anaknya diambil kembali ke sisi Allah adalah besar sekiranya mereka bersabar dan reda
dengan kehendakNya.
 Kembali Ke Atas

DOSA KECIL MENJADI DOSA BESAR

Dosa kecil itu dapat juga berkembang dan berubah menjadi dosa besar dengan adanya berbagai sebab iaitu:
1.Kerana dosa kecil itu dikerjakan terus-menerus atau dikekalkan sahaja mengerjakannya tanpa ada hentinya.
Kerana itu ada yang menyatakan:"Bukan dosa kecil lagi jika dikekalkan mengerjakannya dan bukan dosa besar jagi jika dimohonkan
keampunannya."
Seperti halnya titisan air yang berulang kali jatuh di atas batu,lama kelamaan tentulah berbekas pula.Tetapi tidak akan berbekas jika batu
itu dituangi air berapa pun banyaknya dengan sekali tuang!
Dalam soal amal baik,Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik amal itu ialah yang terkenal atau yang paling rutin mengerjakannya,sekalipun hanya sedikit.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
2.Kerana adanya anggapan kecil pada dosa yang dilakukannya.
Dosa itu jika oleh yang melakukannya dianggap besar,maka disisi Allah dianggap kecil,dan jika oleh yang mengerjakannya dipandang
kecil maka disisi Allah dipandang besar.Sebabnya ialah kerana anggapan besar itu timbul dari hati yang sebenarnya tidak suka
melakukanya atau ingin menjauhinya.Kalau akhirnya dosa itu dikerjakan juga,hal ini disebabkan misalnya kerana hebatnya godaan dan
lain sebagainya.Ketidaksukaan melakukan inilah yang menyebabkan dosa yang dikerjakan sangat sedikit meninggalkan bekas dalam
hatinya.
Sebaliknya jika dosa itu dianggap kecil oleh yang melakukannya,tidak lain sebabnya ialah kerana hatinya amat condong
melakukannya.Kecondongan inilah yang menyebabakan dosa yang dikerjakanya sangat berbekas dalam hatinya.
Selain itu,sikap memandang kecil akan dosa,mempunyai kesan negatif.Orang menjadi tidak takut berbuat dosa dan kurang peduli
terhadap dosa.
3.Kerana dosa kecil itu dilakukan dengan senang hati dan merasa nikmat.
Sebabnya ialah kerana dosa yang dikerjakan dengan gembira dan nikmat,ia akan berbekas sangat mendalam dalam batin,bahkan juga
akan menimbulkan kehitaman yang amat sangat dalam kalbu.Tidak ada rasa penyesalan dan selalu ingin mengulanginya
kembali.Perasaan berbahgia di dalam dosa,satu hal yang sangat buruk.
4.Kerana dosa kecil itu dilakukan denagan perasaan aman dari balasan Allah.
Sebetulnya perbuatan apa pun besar atau kecil tidak mungkin terlepas dari pengawasan Allah.Allah amat sagat teliti mengawasi segala
sesuatu.Haya orang yang bodoh/sesat yang merasa dirinya aman dari pengawasan Allah.Kalaupun (nampaknya)aman dari balasan
Allah,barangkali kerana Allah memeng menangguhkan balasan itu sebagai kemurkaaNya,agar dengan demikian makin banyak lagi dosa
yang dikerjakanya.
Perasaan aman dari pengawasan/balasan Allah,meyebabkan seseorang itu berterusan berkecimpung dalam dosa dan noda dan makin
berani melakukanya.
5.Kerana dosa kecil itu diberitahukan atau diperlihatkan kepada orang lain.
Adakalanya dosa itu dilakukan dengan tidak diketahui orang lain,tetapi kemudian diberitahukan kepada orang lain.Dan ada kalanya pula
waktu melakukanya memang dihadapan orang lain.
Orang yang demikian telah melakukan dua macam pelanggaran.Sebenarnya dosa yang dikerjakan menjadi rahsia dirinya sendiri,sebab
hanya dia sendiri yang mengetahui.Tetapi tutup yang diberikan oleh Allah itu justeru malah dibuangnya jauh-jauh oleh dengan
perbuatanya memberitahukan dosanya itu kepada orang lain yang semula tidak tahu.Begitu juga dosa yang sebenarnya dapat dilakukan
dengan diam-diam dengan tidak diketahui orang lain,mengapa dilakukan di muka orang lain?
Jadi pelanggaranya yang pertama,kerana ia melakukan kemaksiatan itu dan pelanggaranya yang kedua kerana cara ia melakukan
dosanya itu dapat menggerakkan keinginan buruk orang lain untuk menirunya.Dengan begitu,satu macam kemaksiatan tersebut
mengandungi dua macam pelanggaran sekali gus.Itulah sebabnya dosa kecil berkembang menjadi dosa yang besar.
6.Kerana dosa kecil itu dilakukan oleh orang alim yang mempunyai banyak pengikut.
Orang yang alim mempunyai pengaruh besar kepada para pengikutnya.Kerana itu dosa yang dikerjakannya kemungkinan besar akan
diikuti pula oleh para pengikutnya .Inilah yang menyebabkan dosa kecil tadi berubah menjadi dosa besar.
Dalam sebuah hadis disebutkan:
"Siapa menciptakan sunnah yang buruk,dia menanggung dosa atas perbuatanya itu dan juga dosa orang lain yang meniru melakukanya
tanpa dikurangi dosa orang lain itu sedikit pun"
Tetapi sebagaimana berlipat gandanya dosa yang dilakukan oleh orang alim itu,maka berlipat ganda pulalah kebaikan yang dibuat
olehnya,apabila banyak orang yang mengikut dan melanjutkan amal baiknya itu.
RAHMAT ALLAH
Takrif :Rahmat Allah bermaksud segala pemberian Allah kepada manusia sebagai tanda kasihnya.
Kedudukan:Semua manusia bergantung kepada rahmat Allah.Fiman Allah:
"Sekiranya tiada kurniaan Allah dan rahmatNya ke atas kamu semua di dunia dan di akhirat nescaya kamu ditimpa azab yang besar".
-An Nur 14.
Jenis:
1.Rahmat pemberian harta benda dan kekayaan.
2.Rahmat pemberian Al-Quran.
3.Rahmat pengutusan Rasul sebagai petunjuk.
4.Rahmat pemberian apa yang ada dilangit dan dibumi.
Pembahagian:
Firman Allah:"Dan dia telah menyempurnakan atas kamu nikmatNya lahir dan batin" Luqman 20.
1.Rahmat lahir-Rahmat untuk kepentingan lahiriah manusia.Firman Allah:
"Tidakkah kamu perhatikan bahawa Allah telah menyerahkan kepada kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi,"
Luqman 20
2.Rahmat batin-merupakan pengurnian petunjuk dan hidayah dari Allah,Firman Allah:
"Wahai manusia,sesungguhnya telah datang kepada kamu nasihat dari Tuhan kamu dan penyembuh bagi apa yang ada di dalam dada
(batin)". Yunus 57
3.Rahmat khusus-Rahmat yang diberikan kepada orang yang tertentu sahaja,Firman Allah:
"Maka sesiapa yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk memeluk agama Islam,
bererti ia telah memperolehi nur (iman) dari Tuhannya". Az Zumar 22.
4.Rahmat umum-Rahmat ini dalam bentuk kebendaan.Rahmat ini diberi kepada semua manusia termasuk yang kafir asalkan mereka
berusaha.Begitulah juga rahmat yang di turunkan dalam bentuk alam ini yang boleh dinikmati oleh seluruh manusia .
Kesimpulan:
Manusia bergantung kepada rahmat Allah bahkan dengan rahmatNyalah manusia akan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.Bagi
orang bukan Islam mereka hanya memburu kejayaan dunia dan mereka hanya mendapat rahmat umum atau zahir sedangkan umat
Islam diajak memperolehi rahmat dunia dan akhirat.Dengan rahmat Allah sahaja kita akan memperolehi kejayaan dunia dan akhirat.

Kembali Ke Atas


SYUKUR
Pengertian:
Mempergunakan nikmat atau pemberian yang ada pada kita sesuai dengan yang dikehendaki oleh yang memberi kenikmatan itu.Boleh
juga diertikan mempergunakan sesuatu pemberian Allah sesuai dengan yang ditentukan oleh Allah.
Dengan itu orang yang tidak mempergunakan kurniaan Allah pada jalan yang diredaiiNya maka orang itu kufur terhadap kurniaan Allah
atau daia tidakl bersyukur kepada Allah.Termasuk dalam golongan orang yang tidak bersyukur ialah orang yang tidak mempergunakan
pemberian Allah dan membiarkan pemberian itu begitu sahaja dan membazir.
Dapat disimpulkan syukur bermaksud patuh dan taat.

Antara tindakan yang menandakan syukur itu ialah:

1.Merasa gembira atas sesuatu pemberian yang diterima.
2.Menyatakan kegembiraan dengan ucapan dan perbuatan.
3.Memelihara pemberian dengan baik dan mempergunakannya sesuai dengan yang dikehendaki oleh pemberi.
4.Membalas pemberian tersebut.Kalau kepada Allah maka dibalas dengan mempergunakan kurniaanNya dengan landasan patuh dan taat
kepadaNya. Kalau kepada manusia,pemberian itu dibalan dengan pemberian lain atau sekurang-kurangnya dengan doa.

Sebab kufur nikmat

1.Sebab kebodohan dan tidak mengerti.Harta kekayaan atau sebagainya yang dianugerahkan oleh Allah tidak dapat mereka fahami
sebagai nikmat Allah.Bahkan mereka merasa datangnya atas usaha mereka . Mereka lupa dan lalai bahawa itu ialah nikmat Allah yang
perlu dibalas denngan rasa syukur.Apabila mereka ditimpa bencana atau sakit,atau kesusahan, mereka mulai memohon pertolongan
Allah.
2.Ada orang yang mengetahui nikmat Allah tetapi enggan bersyukur atau melakukan perkara yang menyatakan syukur.Ini disebabkan
mereka terpengaruh oleh hawa nafsu.
3.Kufur nikmat disebabkan mereka yang selalu melihat ke atas dan tidak melihat ke bawah.Disebabkan ia selalu melihat ke atas maka ia
biasanya tidak mudah merasa cukup dengan apa yang dia ada.Dia sentiasa mahu menambah apa yang ada padanya dan merasa tidak
cukup apa yang ada. Jika ia memandang ke bawah tentu ia merasa syukur kerana ia mempunyai lebih dari orang lain.

Bencana yang menimpa juga perlu diterima dengan rasa syukur kerana:

1.Setiap bencana yang menimpa kita haruslah diterima dengan rasa syukur kerana Allah boleh menimpakan bencana yang lebih
besar,Sebesar manapun kita menerima bencana,Allah Maha Berkuasa menurunkan bencana lebih besar.Bersyukurlah kerana kita tidak
ditimpakan bencana lebih besar dari yang kita telah terima.
2.Sesuatu bencana dari Allah di dunia adalah merupakan kifarat kepada dosa yang kita telah lakukan agar kita insaf.Bayangkan jika Allah
tangguhkan hukumanNya hingga akhirat,maka kita akan lebih menderita kerana satu hari di akhirat adalah bersamaan 1000 tahun
didunia serta siksaan di akhirat adalah jauh lebih mengerikan.Sabda Rasulullah:"Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang
hambaNya,maka Ia turunkan siksaanNya di dunia dan jika menghendaki ikebinasaanNya,maka ia mengnnguhkan dosanya hingga Ia
membalasnya di akhirat." Durratun Nashihin
3.Bencana yang ditimpakan adalah merupakan peluang untuk seseorang memperolehi ganjaran di sisi Allah iaitu ganjaran kerana ia
bersabar.Firman Allah"Sesungguhnya orang-orang yang sabar itu akan dipenuhi pahalanya tanpa ada batas hitungannya." Az Zumar 10.

Keuntungan bagi mereka yang bersyukur

1.Orang yang bersyukur tidak akan disiksa oleh Allah:Firman Allah:"Mengapa Allah menyiksamu,jika kamu bersyukur dan
beriman?Allah adalah Maha Mesyukuri lagi Maha Mengetahui." An Nisaa 147
2.Orang yang bersyukur diberi tambahan nikmat oleh Allah. Firman Allah: Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya akan Ku
tambahkan nikmat KU dan jika kamu kufur,maka sesungguhnya azabKu amatlah pedih" Ibrahim 7
3.Orang yang bersyukur akan merasakan ketenteraman jiwa dan memiliki sifat merasa cukup dengan apa yang ada(qanaah).Dia tidak
merasa resah gelisah kerana kekurangan yang ada pada dirinya.
4.Orang yang bersyukur akan memanfaatkan apa yang telah dikurniakan kepadanya sebaik mungkin sebagai suatu nikmat dari Allah.
5.Orang-orang yang bersyukur akan mudah dalam pergaulan dan disenangi masyarakat.

Keuntungan bagi mereka yang sabar

1.Mereka memperolehi pahala yang tiada terkira banyaknya(Firman Allah surah Az Zumar 10) 2.Mereka akan dihapuskan dosanya oleh
Allah.Sabda Rasulullah"Tidak ada seorang muslim yang terkena suatu gangguan,baik berupa duri atau lebih dari itu,melainkan Allah
akan menghapuskan kesalahannya dan menggugurkan dosanya sebagaimana gugurnya daun dari pohon." Riwayat Bukhari dan Muslim.
3.Mereka akan memperolehi kebahagiaan hidup di akhirat.
Sabda Rasulullah:"Allah pasti akan menguji salah seorang dari kamu dengan sesuatu kesusahan,seperti halnya salah seorang dari kamu
menguji emasnya dengan api.Sebahagian dari mereka ada yang berjaya keluar dari cubaan Allah seperti emas murni dan sebahagian
yang lain ada yang keluar seperti emas yang hitam. Riwayat Tabrani
BERUBAT DENGAN TAMAR NABI
Tamar Nabi dikenali sebagai Ajwah,yang merupakan sejenis tamar dari Madinah.Ia merupakan tamar yang ditanam oleh Nabi
Muhammad SAW.Antara khasiat yang dinayatakan ialah sabda Rasulullah:
"Siapa makan tujuh biji tamar ajwah ketika pagi (sebelum makan pagi)tidaklah ia akan dimudaratkan oleh racun dan sihir di hari itu"
Riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud dan Ahmad.
Sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya dalam tamar ajwah pedalaman(tamar Madinah terbaik)itu terdapat penyembuh" Riwayat Muslim dan Ahmad
Sabda Rasulullah:
"Rumah yang tiada tamar itu membuatkan penghuninya lapar(tidak bertenaga)"
Riwayat Abu Daud,Tarmizi dan Ibn Majah
Dipercayai juga tamar adalah makanan berkhasiat untuk wanita yang baru bersalin berdasarkan kepada peristiwa Siti Maryam sesudah
melahirkan Nabi Isa Alaihissalam.

Kembali Ke Atas


NILAI MASA DALAM KEHIDUPAN

Masa amat bernilai dalam kehidupan manusia. Antara itu Allah bersumpah dalam surah Al-Asr bahawa manusia berada dalam kerugian
kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Firman Allah dalam Al Asr yang bermaksud:

     Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula
     berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan dengan sabar.

Masa perlu digunakan dengan sebaik-baiknya. Masa lapang kita tidak akan selamanya berada bersama kita. Masa muda kita juga tidak
kekal kerana semua orang akan tua dan akhirnya menemui Tuhannya. Oleh itu hargailah masa kita seperti maksud sebuah hadis yang
bermaksud:

     Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat sehingga dia disoal empat perkara, iaitu tentang usianya , pada apa
     dihabiskannya, , tentang masa mudanya untuk apa telah dipergunakannya, tentang hartanya dari mana diperoleh dan ke mana
     telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah diamalkannya."

Justeru itu orang yang tidak memanfaatkan masa yang diberikan Allah dengan betul akan rugi selama-lamanya. Hindarilah diri dari
berbual-bual kosong di kedai-kedai kopi hingga terlanjur kata dan mengeluarkan umpat-mengumpat kepada sahabat sejamaah.
HIDUP DENGAN AKHLAK ISLAM
Satu daripada dasar hidup yang penting yang dibawa oleh Rasulullah SAW.selain dari aqidah dan syariat ialah akhlak. Akhlak Islam
merupakan satu disiplin hidup yang berkaitan dengan tingkah laku manusia berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh AllahSWT.
Akhlak terpuji yang perlu diikuti ialah akhlak junjungan kita Nabi Muhammad SAW, yang digambarkan oleh Allah dalam Al Quran surah
Al Qalam: 4 , yang bermaksud
" Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang agung"
Ketinggian akhlak adalah melambangkan ketinggian Iman seseorang. Akhlak seseorang itu dicirikan oleh tingkah laku dalam kehidupan
bermasyarakat seseorang. Orang tidak sabar, cepat marah, tidak memaafkan orang lain, sombong, riak, takabbur, bercakap besar, dan
bersifat mazmumah yang lain adalah mengamalkan akhlak syaitan. Justeru itu kita harus banyak melihat diri kita, mencerminkan diri
kita dan bermuhasabah sedalam-dalamnya diri kita, agar kita tidak sentiasa ditipu oleh syaitan yang telah menguasai diri kita.
Islam memberi penghormatan yang tinggi kepada individu Muslim yang berakhlak mulia sehingga disebut dalam hadis bahawa orang
yang dikasihi oleh Rasulullah SAW. Dan akan duduk bersamanya dan para sahabat di hari akhirat ialah orang yang berakhlak mulia.
PERHIASAN MENURUT ISLAM
Manusia memang sukakan perhiasan. Dalam Islam perhiasan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti perhiasan diri,
perhiasan harta dan perhiasan anak. Kecantikan rupa paras adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan mahal harganya. Kekayaan dan
anak-anak juga menjadi perhiasan dan manusia berusaha memilikinya. Islam tidak melarang manusia lelaki dan manusia perempuan
berhias diri selagi tidak melanggar etika perhiasan dalam Islam.
Dalam Islam perhiasan juga bukanlah juga bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk . Apa yang diharuskan ialah sekadar zahirnya
sahaja. Seperti Firman Allah yang bermaksud:
"Janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang zahir daripadanya sahaja" An-Nur:30.
Perhiasan yang zahir ialah muka dan tapak tangannya. Jadi lantaran itu jagalah perhiasan yang dipakai oleh anak dan isteri kita supaya
tidak berlebih-lebih dan menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan fitnah dan rasa cemburu orang lain melihatnya.
IMAN DAN TUNTUTANNYA DALAM KEHIDUPAN
Iman itu tercipta secara padu daripada tiga perkara utama, iaitu kepercayaan hati, pengakuan lidah dan beramal dengan segala rukun
atau perintah. Dengan itu jelaslah bahawa orang yang beriman hendaklah menjadi seorang yang beramal kerana amalnya itu
membuktikan imannya.
Kalimah iman adalah merupakan salah satu kalimah yang tidak ditafsirkan kecuali menurut penafsiran yang dikehendaki oleh Allah dan
Rasul-Nya. Al-Quran menerangkan kalimah iman di sekitar dua pengertian asas, iaitu pertama: iman adalah membenarkan dan kedua:
iman dengan makna amal atau beriltizam dengan amal.
Allah SWT menyifatkan bahawa orang yang tidak beriman sepenuhnya dengan hati yang ikhlas dan disusuli dengan amal adalah sifat
orang -orang munafiq. Firman-Nya dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud :
"Dan di kalangan manusia itu ada yang mengatakan "Kami beriman dengan Allah dan hari akhirat padahal mereka itu orang-orang yang
beriman dan tidaklah mereka menipu melainkan diri mereka sendiri sedangkan mereka tidak sedar."

ILMU MENGANGKAT MARTABAT INSAN

Islam menggalakkan manusia menimba ilmu sebanyak mungkin dan setinggi yang boleh. Islam tidak pernah membawakan antara
seseorang individu dengan individu yang lain dalam mempelajari ilmu sama ada dari segi umur, jantina dan keadaan fizikalnya bahkan
tidak membataskan tempat belajarnya.
Dalam kita sibuk mempelajari dan mengejar ilmu ada golongan yang mengundur ke belakang tidak mahu malah membenci kepada
orang-orang yang mahu mencari ilmu. Firman Allah dalam surah Al-A`raf:179 yang bermaksud:
"Dan sesungguhnya Kami masukkan ke dalam neraka jahannam itu terdiri dari kalangan jin dan menusia kerana mereka mempunyai hati
tetapi tidak mahu memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan
mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya ajaran dan nasihat. Mereka itu seperti binatang ternakan bahkan
lebih sesat lagi. Mereka inilah orang-orang yang lalai"
MEMAHAMI TUJUAN HIDUP
Jika diteliti dari gaya hidup manusia masa kini jelas menunjukkan kekeliruan dan ketidakfahaman manusia tentang matlamat hidup
sebenar kewujudan mereka mereka di bumi Allah ini.
Dunia dan kehidupan kita hanyalah alat untuk sampai ke alam yang kekal iaitu akhirat. Dunia ini tidak lebih dari ladang tempat kita
beribadat dan hasilnya akan dituai dan dinikmati di akhirat kelak.
Manusia mempunyai jasad dan roh: mempunyai panca indera yang wajib untuk berhubung dengan alam sekelilingnya, mempunyai nafsu
sebagai pendorong untuk memperlengkapkan keperluan hidup dan memelihara keturunannya, mempunyai akal untuk berfikir dan
mempunyai hati untuk merasa.`
Namun begitu manusia juga mempunyai kecenderungan untuk turun martabat sampai ke taraf haiwan bahkan lebih rendah dari itu.
Firman Allah dalam surah At-Tin :5, yang bermaksud:
"Kemudian Kami turunkan darjat mereka kepada darjat yang paling rendah."

KONSEP BAHAGIA DALAM ISLAM

Aristotles seorang pujangga Yunani pernah mengatakan kebahagian ialah sihat tubuh badan, selesa tempat tinggal dan sejahtera jiwa.
Inilah amalan orang-orang yang berpegang kepada falsafah kebahagian hidup. Malah ada yang beranggapan mempunyai banyak harta
dan mempunyai anak yang ramai menjadi puncak kebahagian .
Adakah dengan mempunyai harta yang banyak, anak yang ramai, sihat tubuh badan dan beberapa perkara lain itu sudah bahagia?
Berkaitan hal ini Rasulullah SAW menjelaskan dalam hadisnya yang bernaksud:
" Empat perkara yang membahagiakan seseorang iaitu isteri yang soleh (baik), anak-anak yang baik (berbakti), sahabat yang baik dan
rezeki terdapat dalam negeri sendiri."

Kembali Ke Atas


 
 

ADAB-ADAB TERHADAP DIRI SENDIRI

1.Menjaga kebersihan secara menyeluruh dengan cara mandi dan menyucikan diri.
2.Memotong kuku tangan dan kaki sekali setiap minggu.Janganlah memanjangkannya walaupun sebahagian darinya kerana dikuatiri
tersimpan najis dan perbuatan demikian menyerupai haiwan yang buruk.
3.Memotong rambut setiap kali ia panjang, menjaga kebersihannya dan menyisirnya selalu,yakni jangan pula sampai
berlebih-lebihan(tidak membiarkannya dan tidak pula menunpukan perhatian kepadanya)
4.Mengutamakan bahagian kanan,yakni mendahulukan kanan dalam semua perkara yang mulia,seperti ketika mandi,berwuduk,
menghormat,berjabat tangan.memakai pakaian atau kasut,memotong kuku,mengambil dan menerima pemberian,makan dan minum.
Mengutamakan bahagian kiri yakni perkara yang tidak mulia,seperti membuang ingus,meludah, menanggalkan pakaian dan kasut
beristinjak,dan menyentuh aurat.
Daripada Aisyah katanya,Rasulullah s.a.w menggunakan tangan kanan untuk bersucidan makan,sedangkan tangan kiri untuk bersuci
dan yang kotor-kotor.
5.Jangan menghadap kiblat ketika meludah, membuang ingus dan kahak,tapi hendaklah ke arah kiri dan pada saputangan yang khusus
supaya tidak mengganggu orang lain.
6.Mengalihkan wajah ketika bersin dari muka manusia ,dan dari makanan dan minuman agar percikan ingus tidak mengenai orang
lain,dan meletakkan saputangan atau tangan ke mulut,memperlahankan suaranya sedapat mungkin.
Daripada Abi Hurairah katanya,Apabila Rasulullah s.a.w bersin,beliau meletakkan tangannya di mulutnya dan dengannya suaranya
menjadi tidak kuat
7.Memuji Allah sesudah bersin.
8.Orang yang bersin dan memuji Allah hendaklah dijawab dengan (yarhamukallah) dan orang yang bersin pula menjawabnya dengan
doa yang berikut(yahdikumullahu wa yushlihu balakum)
9.Meletakkan tangan dimulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka,juga untuk menghalang
sesuatu masuk ke dalam mulut..Juga disuruh mengurangkan suaranya,dan jika dapat,jangan sampai mengeluarkan suara.
Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah kerana menguap adalah bukti kemalasan.Oleh itu Allah tidak menyukainya dan
menyatakan bahawa ia disebabkan syaitan.
Dari Abu Hurairah bahawa nabi bersabda,"Sesungguhnya Allah suka akan bersin dan benci akan menguap.Jika salah seorang kamu
bersin dan memuji Allah hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan ‘Yarhamukallah’ .Adapun menguap adalah dari
syaitan,jadi jika salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya sedapat mungkin kerana apabila kamu
menguap,syaitan ketawa melihatnya."
10.berusaha tidak bersendawa,menghindari makanan yang menyebabkan sendawa atau makanan yang membanyakkannya.Dan jika
tidak dapat dihindari,bersendawalah dengan suara yang ringan,kemudian bacalah istighfar sesudah sendawa.
Daripada Abu Juhaifah katanya,"Aku memakan kepingan roti dan daging kemudian aku mendatangi nabi lalu aku sendawa.Beliau
bersabda,pendekkan sendawamu kerana sesungguhnya orang yang paling lapar pada Hari kiamat kelak ialah orang yang paling kenyang
di dunia."
11.Mengingat Allah dan bersyukur kepada-Nya ketika berkaca(melihat wajah di cermin) kemudian berdoa dengan doa yang warid dari
nabi:
‘Segala puji bagi Allah,sebagaimana engkau elokkan kejadian aku maka elokkanlah akhlakku.'
12.Menggunakan telefon bila perlu sahaja,bukan untuk bermain-main,bergurau atau untuk mengejutkan orang lain,dan bertelefonlah
pada waktu-waktu yang sesuai,awali percakapan dengan salam,mengenalkan diri,kemudian menyebut maksud.
13.Membiasakan diri dengan amal yang salih,seperti beribadah,bersedekah,sembahyang sunat,menghampirkan diri kepada Allah,berzikir
dan membaca Al Quran.Jangan meninggalkan demikian kerana malas,enggan atau kesibukan dunia.
Daripada Aisyah katanya,amalan yang disukai Rasulullah ialah amalan yang terus menerus dilakukan seseorang.
14.Meninggalkan berlebihan dalam segala suatu,tidak melakukan suatu yang tidak berguna,selalu memperbaiki diri dan berusaha
memperbaikinya.
Daripada Abu Hurairah katanya,Rasulullah bersabda ‘Sebahagian tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang
tidak dimaksudnya.
15.Memberi nasihat kepada orang yang mengenali kebaikan,yakni dengan nasihat yang baik bagi orang itu samaada pada agamanya atau
dunianya.
16.Menerima nasihat orang lain, mahu mengakui kebenaran dan kembali semula kepadanya,juga mengakui kesalahan diri sendiri jika
memang benar sudah salah,dan jangan berterusan padanya,kerana kebenaran itu ialah barang orang mukmin yang hilang,yang terus
dicarinya dan akan berterima kasih kepada orang yang menyerahkannya kepadanya serta memuji setiap orang yang sudi memberi
nasihat.
17.Membiasakan hidup sederhana,mensyukuri yang sedikit,dan meninggalkan hidup bermewah-mewah dan bersenang-senang di dunia
kerana sifat itu menjauhkan diri dari takbur dan ujub serta selamat dari sift sombong,memuji-muji diri dan angkuh.
Dari Aisyah katanya,"Tikar rasulullah s.a.w diperbuat dari kulit yang disamak setelah dipenuhi dengan sabut."
18.Ikhlas kerana Allah dalam semua pekerjaan,menjadikan matlamat utama dari kehidupan sebagai syiar orang mukmin yang
diletakkannya dihadapan dan terus menerus mengulang-ulang sebutan
‘Oh tuhanku,Engkaulah tujuanku,dan Redamulah yang ku cari’.

SIFAT-SIFAT BIDADARI SYURGA

Di dalam Al Quran,dinyatakan antara lain bahawa di dalam syurga itu terdapat bidadari yang dijadikan untuk penghuni syurga
.Dipaparkan sifat-sifat mereka seperti yang digambarkan dalam Al Quran dan hadis moga-moga berguna kepada mereka yang mahu
mengmbil manfaat.Antara sifat-sifatnya:
1.Isteri-isteri yang disucikan yang bermaksud mereka adalah suci dari sebarang kotoran,haid,nifas dan sebagainya. Berkata
Muajahid:Mereka suci dari kencing, hingus, haid,ludah,mani dan dari anak.
2.Lebar matanya penuh keindahan dan disertai bulu mata yang bagaikan sayap burung yang sedang terbang.Matanya bagaikan jeli yang
hitam dan putihnya begitu ketara.
3.Sebaya umurnya ,kelihatan muda,cantik manis serta bermanja dengan suaminya.
4.Sangat putih dan jelita.
5.Wajah yang cantik dan menjadi tarikan bila terpandang.
6.Bidadari diciptakan secara langsung oleh Allah,barmaksud tidak melalui proses kelahiran dan tidak mengalami masa kanak-kanak atau
remaja.Mereka langsung menjadi gadis .
7.Bidadari syurga sentiasa menjadi perawan.
8.Bidadari yang sentiasa remaja.Mereka mempunyai sifat sempurna yang cantik dari semua segi.Dikatakan dalam hadis juga bahawa
mereka mempunyai suara yang merdu,betis yang tembus pandang dan cahaya serta bau harum yang dapat memenuhi antara langit dan
bumi.
Rasulullah bersabda:
Daripada Anas bin Malik:Kalau sekiranya perempuan ahli syurga datang kepada penduduk dunia,nescaya akan disinarinya dunia antara
langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak.Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya.
(Riwayat Bukhari

Kembali Ke Atas


 
 

CIRI-CIRI KEMENANGAN

Setiap hari kita mendengar bilal melaungkan "Marilah menuju kemenangan"dalam laungan azan lima kali sehari.Apakah kemenangan
yang dimaksudkan?Dalam Al Quran ada tiga istilah yang dimaksudkan dengan kemenangan iaitu "al falah","al fawzu" dan "al Nasr".
Sepatutnya kita mengetahui ciri-ciri kemenangan ini kerana semua kita ingin masuk dalam golongan orang-orang yang mendapat
kemenangan.
Antara ciri atau sifat yang membawa kemenangan yang digambarkan dalam Al Quran ialah seperti berikut:

     1.Orang-orang yang membersihkan jiwanya Al Aqla ayat 14.
     2.Orang-orang yang mendapat petunjuk tuhan. Al Baqarah ayat 5
     3.Orang menyeru kepada yang baik dan menegah dari perkara yang mungkar Al Imran ayat 104
     4.Orang yang beriman dengan Rasulullah,yang memuliakannya,yang menolong dan membelanya dan mengikuti cahaya yang
     terang yang diturunkannya Al A'raf ayat 157
     5.Orang yang berjihad dengan harta benda dan dirinya At Taubah ayat 88
     6.Orang yang beriman dan taat serta patuh. An Nur ayat 51
     7.Orang yang membelanjakan sebahagian rezekinya kepada kaum keluarga,orang miskin dan musafir yang perlukan bantuan. Ar
     Rum ayat 38
     8.Orang yang dipelihara dari kebakhilan. At Taghaabun ayat 16
     9.Orang mukmin yang khusyuk sembahyangnya,yang menjauhkan diri dari perkara yang sia-sia,yang membayar zakat,yang
     memelihar kemaluannya,yang memelihara amanah dan janji dan orang yang menjaga ibadah sembahyangnya. Al Mukminun ayat
     1-11.
     10.Orang yang bertakwa. Al Maidah ayat 100
     11.Orang yang bertaubat. An Nur ayat 31
     12.Orang yang mengingati Allah. Al A'Raf ayat 69
     13.Orang yang sujud dan rukuk yang mengabdi kepada Allah dan membuat kebaikan. Al Hajj ayat 77
     14.Orang yang berat timbangan amalnya. Al Mukminun ayat 102

Marilah kita menyemak diri kita samaada ciri-ciri yang disenaraikan di atas telah ada dalam diri kita.Jika tidak ada,maka kita tergolong
dalam golongan yang akan mendapat kemenangan dalam hidup ini.Bertindaklah dari sekarang kerana penamat hidup kita mungkin akan
tiba esok!!!

MENGAPAKAH UMAT ISLAM TERUS TEWAS

Umum mengakui bahawa umat Islam hari ini terus tewas dan tertinggal dalam banyak lapangan.Mereka miskin di negara sendiri,bahkan
ditindas oleh orang bukan Islam. Orang Islam dipandang rendah oleh bukan Islam.
Dalam Al Quran,tuhan telah menggariskan petunjuk untuk mereka mencapai kejayaan. Tetapi umat Islam sendiri tidak mengikutinya
menyebabkan kita kehilangan sebab untuk Allah memberikan pertolongan..
1.Firman Allah:

     "Dan adalah hak kami memberi pertolongan kepada orang yang beriman" Ar Rum ayat 47.Hakikat yang wujud hari ini ialah
     orang Islam lemah iman dan tidak kukuh pegangan kepada Allah.Dengan itu tidak menjadi sebab bagi Allah membantu kecuali
     sebahagian dari mereka sahaja.

2.Firman Allah:

     "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada suatu kaum hingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
     mereka" Ar Ra'ad ayat 11.Ayat ini merujuk kepada usaha yang diperlukan secara bersungguh-sungguh dan penuh dengan
     perancangan dan strategi untuk menjadi sebab bagi Allah memberikan pertolongan dan kejayaan.Apakah ada orang yang tidak
     menanam tetapi mendapat hasilnya?

3.Firman Allah:

     "Sesungguhnya Allah akan menolong siapa yang membelaNya." Al Hajj ayat 40 Allah menghendaki hambanya melakukan
     pengorbanan harta,tenaga,fikiran bahkan nyawa untuk menegakkan Islam.Keenganan umat Islam hari ini untuk berkorban telah
     menyebabkan mereka tidak mendapat pertolongan Allah.Mereka lebih sayangkan harta mereka untuk digenggam erat,masa
     mereka untuk mereka berehat,tidur dan bersenang-senang,berbual-bual,tidak mahu membantu pada tugas dijalan Allah dan
     sebagainya.Keadaan ini sama seperti
     firman Allah:"Bahawasanya yang ada jalan untuk dicela itu ialah orang-orang yang meminta diri menunjuk keberatan
     kepadamu,pada hal mereka itu mampu.Mereka senang duduk bersama orang yang tinggal di belakang(tidak berjihad)dan Allah
     telah mengunci hati mereka,maka mereka tidak mengetahui akibat perbuatan mereka. At Taubah ayat 93

Kesimpulannya ternyatalah bahawa Allah akan hanya membantu umat Islam jika seandainya mereka teguh beriman,gigih berusaha dan
sanggup pula berkorban harta,masa dan tenaga dalam kerja di jalan Allah.Perhatikan firman Allah:
"Sesungguhnya telah kami tuliskan dalam kitab Zabur,sesudah peringatan,bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang
soleh" Al Anbiya' ayat 105
Jelaslah bahawa kejayaan umat Islam di sisi Allah itu mestilah melalui tiga hal iaitu teguh beriman,gigih berusaha dan sanggup
berkorban; hingga mereka menjadi hamba yang soleh.Setelah itu,InsyaAllah kita akan mendapat kejayaan atas anugerah Allah Yang
Maha Besar.
Renungkanlah saudaraku,apakah kita telah mempunyai sifat yang disebutkan dalam meniti hidup hari ini?Aatau kita hanya melengkapkan
diri dengan sijil dan kekuatan tenaga serta pangkat untuk kita katakan sebagai kejayaan dan kebahagiaan.Kita adalah dari Allah,Allah
yang menetapkan peraturan bagi kita,Allah juga yang menetapkan kejayaan dan kebahagiaan.Kalau kebahagiaan dan kejayaan yang kita
katakan telah kita capai,sedangkan ia tidak selari dengan ciri yang ditetapkan oleh Allah,maka kejayaan kita itu hanyalah satu khayalan
dan mimpi indah semata.

Kembali Ke Atas

JANJI ALLAH KEPADA ORANG BERIMAN

Allah telah meletakkan janji-janjinya kepada orang beriman dan beramal soleh dalam Al Quran.Bagaimanapun Allah juga telah meletakkan
syarat bagi mereka memperolehi janji ini.
1.Menjadi khalifah di muka bumi
Firman Allah:
"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa ia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi;sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka
sebagai khalifah yang berkuasa;dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka(islam)yang telah di redaiNya untuk
mereka." An Nur 55
2.Mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
"Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman." Ar Rum 47
"Jika Allah menolong kamu,maka tiadalah yang dapat mengalahkan kamu,jika Allah membiarkan kamu(tidak memberikan
pertolongan)maka siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah." Ali Imran 160
3.Mendapat pembelaan Allah
Firman Allah:
"Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman." Al Hajj 38
4.Menjadi wali Allah
Firman Allah:"Allah lah penolong(wali)bagi orang-orang beriman" Al Baqarah 257
"Sesungguhnya wali-wali Allah itu adalah mereka yang tiada kekuatiran dan tiada mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman
dan bertakwa kepada Allah" Yunus 62 dan 63
5.Mendapat hidayah atau petunjuk
Firman Allah:"Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Al Hajj 54
6.Orang kafir tidak dapat menguasai mereka
Firman Allah:
"Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman." An Nisaa
141
Keadaan di mana orang Islam hari ini ditindas dan bunuh sewenang-wenangnya adalah disebabkan mereka tidak memenuhi syarat yang
ditetapkan oleh Allah untuk mendapat perlindunganNya
Dari orang kafir.Mereka tidak menjalani hidup seperti yang ditentukan Allah malah mereka memilih kehidupan seperti orang kafir.
7.Mendapat rezeki yang baik dan keberkatan
Firman Allah:"Jikalau sekiranya penduduk kota berimandan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi
tetapi mereka mendustakan ayat-ayat kami ,maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka." Al A'raf 96
8.Mendapat kemuliaan
Firman Allah: "Dan kepunyaan Allah lah kemuliaan RasulNya dan orang-orang yang beriman."
9.Mendapat kehidupan yang baik
Firman Allah:
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh,baik lelaki atau wanita di dalam keadaan mereka beriman,maka sesungguhnya akan kami
berikan kepadanya kehidupan yang baik." An Nahl 97
Demikianlah janji Allah kepada mereka yang beriman.Untuk mencapai tahap keimanan ini,maka amal soleh ,gigih berusaha ke jalan Allah
dan kesanggupan berkorban apa sahaja akan menjadi tukarannya sebelum Allah menunaikan janjiNya.
BILA HATI TELAH BERKARAT…
Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat.Hati yang rosak ini akan
menyebabkan diri manusia itu semakain jauh dari Allah dan semakin tersesat darai jalan yang benar.
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air.Seorang sahabat telah bertanya"Apakah
caranya untuk menjadikan hati-nati itu bersinar kembali?"Maka jawab Rasulullah"Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."
Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.
Rasulullah bersabda :
"Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran)pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat
At Tirmizi`
PETUNJUK RASULULLAH APABILA MERASA SUSAH DALAM URUSAN
Dalam kitab Jami' At Turmudzi disebut hadis dari Anas ia berkata:
"Sesungguhnya apabila Rasulullah merasa susah kerana sesuatu urusan maka baginda mengucapkan: Yaa hayyu yaa qoyyum,
birahmatika astaghisu.."
Ibn Abbas berkata Rasulullah bersabda:
"Barangsiapa membiasakan membaca istighfar,maka Allah akan menjadikan baginya keringanan dari kesusahannya dan jalan keluar dari
kesulitannya serta diberiNya rezeki dari jalan yang tak terduga." Riwayat Abu Daud `
Disebutkan juga bahawa Rasulullah segera mendirikan sembahyang apabila baginda mengalami kesusahan.
BAGAIMANAKAH CARA MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENINGKATKAN DARJAT?
Rasulullah bersabda:
"Mahukah aku tunjukkan kepadamu hal-hal di mana Allah menghapuskan dosa -dosamu serta mengangkat darjatmu?Para sahabat
m,enjawab:Baiklah ya Rasulullah:Sabda Rasulullah:Menyempurnakan wuduk,menghadapi segala kesusahan,memperbanyak langkah
menuju ke masjid serta menantikan solat setelah solat;itulah perjuangan.Itulah perjuangan!
MENGAPA PERLU BERJEMAAH DI MASJID
Sabda Rasulullah:
"Sesunggguhnya setan itu adalah serigala bagi manusia,sepertimana serigala yang menyerang kambing-kambing yang terpisah dari
kumpulannya.Maka hati-hatilah kamu,jangan menyendiri di lembah-lembah tetapi hendalah menyertai jemaah dan berada di masjid".
Allah berfirman dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Al Baha'ie dari Anas :
"Demi Keagungan dan Kebesaranku,jika Aku hendak menurunkan azab atas penghuni bumi,lalu Aku melihat mereka yang
memakmurkan rumah-rumahKu(masjid),dan yang saling kasih keranaKu,dan yang meminta ampun kepadaKu di waktu malam,maka
aku elakkan azab itu dari mereka."
Kesimpulannya:Marilah saudaraku kita meluangkan masa untuk berjemaah di masjid!

Kembali Ke Atas

APA YANG HARUS DI LAKUKAN KETIKA SAKIT.

SAKIT adalah cubaan dari Allah dan sebagai peringatan daripadaNya. Hanya apabila kita sakit kita dapat merasakan betapa nikmatnya
kalau sihat. Disebabkan sakit adalah juga dari Allah, maka seharusnya apabila kita sakit kita menghadapinya dengan kaedah yang telah
diajarkan oleh Allah menerusi Rasulullah. Antaranya ialah:
1.Redha terhadap ketentuan Allah iaitu atas penyakit yang menimpa kita dan mengangap ia sebagai cubaan dan dugaan dari Allah.
Adalah dilarang dari kita bersungut-sungut dan berburuk sangka terhadap Allah. Sabda Rasulullah riwayat Muslim, Baihaqi dan Ahmad:
" Tidak beriman seseorang kecuali bila ia berbaik sangka dengan segala takdir Allah."
2.Hendaklah berasa takut segala azab dari dosa yang telah dilakukan dan mengharap-harap Allah mengampuninya. Rasulullah bersabda
riwayat At-Tarmizi:
" Hadis Anas: Rasulullah menziarahi seorang pemuda yang menghampiri kematian dan bertanya: Bagaimana perasaanmu? Jawabnya:
Demi Allah saya betul-betul mengharap keampunanNya dan saya takut segala dosa yang telah saya lakukan. Rasulullah bersabda:
Sekiranya terkumpul dua sifat di atas pada hati seorang hamba, maka Allah mengkabulkan permohonannya dan mengamankannya dari
segala rasa takut."
3.Tidak boleh berharap-harap untuk segera mati kerana mungkin masa sakit yang di panjangkan mempunyai hikmahnya yang tidak kita
ketahui. Sabda Rasulullah riwayat Hakim.
" Dari Umi Fadl, Rasulullah menziarahi satu keluarga , antaranya Abbas bapa saudara Rasulullah yang sedang sakit tenat. Diapun
bercita-cita untuk segera mati. Maka Rasulullah pun menegurnya: Wahai Pak Cik, jangan bercita-cita mati; jika Pak Cik orang yang baik
lalu dilewatkan kematianmu, maka akan bertambahlah bekal kebaikan yang Pak Cik miliki; jika Pak Cik orang yang buruk, lalu di
lewatkan kematianmu kemudian di ampunkan dosamu tentulah lebih baik bagimu. Maka janganlah bercita-cita untuk mati."
4.Kita hanya boleh berharapkan kematian dengan menyertakan syarat ‘ jika kematian itu lebih membawa kebaikan ‘ Rasulullah bersabda
riwayat Bukhari dan Muslim:
" Ya Allah, tetapkan hidupku jika kehidupanku ini membawa kebaikan untukmu, dan segera matikan aku jika kematian ini membawa
kebaikan bagiku."
5.Bersegeralah menyelesaikan segala tanggungan terhadap Allah dan manusia. Jika terhadap Allah, maka hendaklah memohon ampun
atas dosa-dosa yang lau dan bertaubat kepadaNya. Jika kepada manusia hendaklah memohon kemaafan segera kapada mereka. Jika
berhutang hendaklah dilangsaikan segera. Rasulullah bersabda riwayat Bukhari,Baihaqi dan lain-lain.
" Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Barang siapa mempunyai sedikit kezaliman kelakuan atau atas harta saudaranya maka
hendaklah segera diselesaikan sebelum datangnya hari kiamat ( kematian ) yang tidak di terima lagi bayarannya; bila tidak mempunuai
kebaikan, maka keburukan saudaranya itu akan dilimpahkan kepadanya sebagai tebusan,’;
Rasulullah bersabda riwayat Hakim;
" Barang siapa yang meninggal dunia dan masih mempunyai tanggungan hutang, maka di sana tidak ada pembalasan dinar dan dirham
melainkan penebusan dengan kebaikan dan keburukan.’
6.Berwasiatlah akan sebahagian hartanya untuk kaum keluarga dan jalan kebajikan. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 180 ;
" Diwajibkan atas kamu, apabila seorang daripada kamu kedatangan tanda-tanda kematian, jika ia meninggalkan harta yang banyak,
berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara maaruf, ini adalah kewajipan atas orang yang bertaqwa.’
7.Orang yang sakit tenat hendaklah berwasiat tentang pengkebumian jenazahnya. Kebiasaan ini dilakukan oleh ulama terdahulu. Antara
pesanan mereka;
"Muslim dan Baihaqi meriwayatkan; Dari Amir bin Saad bin Abi Waqas beliau berkata bahawa ayahnya (Saad) semasa sakit tenat telah
berwasiat; Buatkan lahad untukku, tanamkan batu di atasnya sebagaimana yang di lakukan oleh Rasulullah,"
" Ahmad,Baihaqi dan Ibnu Majjah meriwayatkan dari Bardah, katanya, Abu Musa Al-Asy’ary berwasiat, bila kamu membawa
jenazahku, cepatlah jalannya, tidak perlu di sertai bakaran kayu gaharu, jangan dibangun di atas lahadku yang diliputi aku dan tanah
makamku. Aku memohon kesaksianmu bahawa aku bebas daripada HALIQAH (perbuatan wanita jahilliah yang mencukur rambutnya
kerana musibah ).SALIQAH ( perbuatan wanita jahilliah yang meratap keras akibat kematian) danKHARIQAH ( perbuatan wanita
jahilliah yang merobek-robek bajunya semasa di timpa musibah). Mereka bertanya; pernah kalian mendengar tuntutan itu? Jawabnya:
Benar, dari Rasulullah S.A.W.
APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGHADAPI ORANG YANG HAMPIR MATI (TENAT)
1.Mengajarkan orang yang hampir mati mengucap kalimah LAA-ILAAHA-ILLAH, Rasulullah bersabda riwayat Ibn Hibban:
"Dari Abu Hurairah Rasulullah bersabda: Ajarilah orang yang hampir menemui mati dengan LAA-ILLAAHA-ILLAH. Barang siapa yang
akhir ucapannya demikian dia masuk syurga walaupun sebelumnya seksaan yang setimpal dengan perbuatannya,"
APA YANG HARUS DIBUAT PADA ORANG YANG TELAH MATI.
1.Memejamkan kedua matanya.
2.Mendoakan si mati. Rasulullah bersabda riwayat Muslim dan Ahmad.
" Dari Ummu Salamah, katanya, Rasulullah mendatangi Abu Salamah yang baru meninggal dunia dan kedua matanya dalam keadaan
terbuka, maka baginda memejamkannya seraya bersabda; Roh manusia bila di cabut akan diikuti dengan penglihatan. Setelah itu
terdengar suara bising keluarganya, maka Rasulullah bersabda janganlah kamu berdoa sendiri-sendiri kecuali kebaikan, kerana para
malaikat turut mengaminkannya lalu baginda mendoakan Abu Salamah…….."
3.Menutupi mayat dengan kain. Bukhari dan Muslim meriwayatkan:
"Dari Aishah katanya, Tatkala Rasulullah wafat, baginda diselimuti dengan kain hibrah".
4.Segerakanlah pengkebumiannya, tidak ditangguh-tangguhkan kerana menunggu saudara mara kembali, Bukhari dan Muslim
meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "
"Segerakanlah pengkebumian kerana jika ia orang yang baik , samalah seperti kita menyegerakan ia mendapat ganjaran kebaikan, jika ia
tidak baik, samalah seperti kita menyimpan bangkai sendiri."
5.Menyelesaikan hutang-hutang si mati. Hakim meriwayatkan:
" Dari Jabir bin Abdullah katanya, Seorang telah meninggal dunia, kami mandikan dan kafankan, lalu kami hadapkan kepada Rasulullah
di makam Jibril lalu kami memberitahu masyarakat untuk menyembahyangkannya. Lalu mereka pun hadir. Rasulullah maju selangkah
dan bertanya: Apakah saudaramu ini mempunyai hutang? Mereka menjawab: Benar, dua dinar. Baginda berundur dari tempatnya dan
bersabda sembahyangkanlah sahabatmu. Tiba-tiba Abu Qatadah berkata: Wahai Rasulullah, biar hutangnya menjadi tanggunganku.
Baginda bertanya: Adakah ini benar? Qatadah menjawab: ? Qatadah menjawab: a. Akhirnya Rasulullah menyembahyangkan jenazah itu.
Setelah itu apabila Rasulullah bertemu Qatadah baginda bertanya: Sudahkah kamu tebus hutangnya? Pada hari lain Rasulullah bertanya
lagi lalu dijawab: Sudah, Maka sabda Rasulullah : Muali saat ini kamu telah membebaskannya dari belenggu azab."
( CATATAN: Makan minum di rumah yang ada mayat adalah makruh dan bid’ah mungkar. Sila rujuk Kitab Sabilul Muhtadin dan Fiqh
Shafie )

Kembali Ke Atas

KONSEP KEJIRANAN DALAM ISLAM

Kehidupan berjiran adalah suatu budaya hidup yang dituntut oleh Islam. Budaya yang diamalkan oleh kita pada hari ini, iaitu
menghormati jiran dan menjaga hak-hak jiran kita. Kita bersyukur kepada Allah kerana mendapat jiran yang baik dengan menghormati
kita sebagai jirannya.
Namun demikian ada juga yang malang sebab mendapat jiran yang tidak menjaga hak kita sebagai jiran atau jiran kita pula tidak
mendapat jiran yang menjaga haknya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Berbuat baiklah kepada jiran yang berjiran denganmu, nescaya engkau menjadi seorang muslim (yang sejati)."
Menurut Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, "Bimbingan Mukmin" menyatakan beberapa hak dan tanggung jawab yang perlu ditunaikan
oleh seseorang terhadap jirannya, antaranya ialah:
Hendaklah seseorang itu memulakan
memberi salam kepada jirannya.
Menziarahinya ketika sakit dan mengucapkan takziah ketika berlaku kematian dan melawati jenazahnya. Jangan terlalu banyak bertanya
tentang hal ehwalnya. Memaafkan segala kesalahan dan kesilapannya. Hendaklah menutup keaiban dan kecelaan yang berlaku pada
dirinya. Sentiasa bersikap lemah lembut terhadap anak-anaknya dengan tutur kata yang baik Bersedia menolong jiran yang ditimpa
bencana Tidak menyakiti hati jiran seperti membuang sampah di pinggir rumahnya Tidak terpengaruh dengan kata-kata untuk
memburuk-burukkan jiran.

MUHASABAH DIRI- MENILAI DIRI

Manusia dibekalkanoleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan
malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran
adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghaisab atau muhasabah dirinya.
Hadis Rasulullah bermaksud:
"Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat"
Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:
Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan Apakah Ilmu Allah yang telah disebari
Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan Bagaimanakah rezeki Allah digunakan Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan
dengan kehendak Islam Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam Apakah sudah
memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah
Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
" Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka"

REMAJA ISLAM DAN PANCAROBA MASAKINI

Remaja Islam kini berada di ambang kemusnahan yang amat ditakuti. Pelbagai sogokan negatif ditujukan kepada remaja Islam untuk
memusnahkan generasi ini secara tidak disedari. Remaja kita leka dengan kemewahan masa kini yang bercampur dengan segala bapa
kemaksiatan. Pusat-pusat video, pusat snooker, pusat-pusat maksiat seperti disko, rock world dan pub dipenuhi remaja Islam kita yang
mencari ketenangan hidup yang amat bercanggah dengan tuntutan Islam. Mengapakah remaja tidak mencontohi akhlak Rasulullah yang
disanjungi oleh semua umat Islam, malah orang -orang kafir juga manynjungi juga. Firman Allah dalam surah Al-Qalam :4 yang
bermaksud:
" Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat terpuji"
Sehubungan itu ibu bapa perlulah mengawasi sendiri anak-anak yang telah dianugerah Allah kepadanya supaya tidak menjadi lalat dan
langau yang memusnahkan diri sendiri dan memusnahkan orang lain juga. Janganlah menyerahkan anak remaja kita untuk menguruskan
diri mereka sendiri tanpa pengawasan ibu bapa. Remaja masih memerlukan teguran dan perhatian dari ibu bapa, walaupun telah bekerja
dan menjalani hidup sendiri. Ibi bapa tidak harus berasakan rendah diri dan takut untuk menegur anak-anak remaja yang tersalah laku
lantaran sumbangan wang bulanan yang diberikan kepada ibu bapa. Tidakkah umat Islam rasa bersalah sekiranya anak-anak remaja
Islam melepak di merata-rata pusat hiburan,, mengambil dadah dan mengamalkan budaya yang bercanggah dengan Islam .
Justeru itu bertanyalah kepada diri kita siapa yang bersalah sekiranya anak-anak kita tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan
membawa huru-hara kepada keluarga dan masyarakat Islam.

CINTAILAH MASJID KITA

Masjid ialah institusi soaial yang terawal dalam Islam. Seluruh kegiatan kemasyarakatan sepatutnya bermula dan dijalankan di masjid.
Masjid tidak seharusnya dianggap seperti gereja yang dilawati cuma seminggu sekali sahaja. Sebenarnya kita telah dipengaruhi oleh
pengajaran sekular yang mengasingkan masjid sebagai institusi keagamaan dan tidak menjadi pusat kemasyarakatan. Sepatutnya masnjid
menjadi pusat tumpuan remaja menghabiskan masa luang mereka, iaitu menjalankan kehidupan harian selain beribadat kepada Allah.
Masjid boleh berfungsi sebagai tempat beriadhah, bermesyuarat, berbincang, berkenduri kendara, merancang aktiviti masa lapang
seperti menghijaukan tanah terbiar, dan sebagainya.
Oleh itu bersama-samalah kita mengajak kaum remaja dan anak-anak mengunjungi mesjid bukan sahaja waktu sembahyang fardhu
bahkan pada masa yang di luar waktu sembahyang.

Kembali Ke Atas

PENTINGNYA MUHASABAH DIRI

Kehidupan harian umat Islam tidak boleh lari daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Ketelanjuran dan kecelaruan dalam
hidup umat Islam ini boleh dibaiki dengan membanyakkan memohon ampun kepada Alah. Dalam kehidupan yang sentiasa bergaul
dengan orang lain dalam masyarakat yang serba majmuk dan kompleks ini tentulah tidak boleh lari daripada melakukan pekerti yang
tidak disenangi. Oleh itu perlulah sentiasa menghisab diri setiap hari sebelum tidur. Tanyalah diri apakah yang telah dilakukan sepanjang
hari. Kebaikan atau keburukankah yang telah dilakukan. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
:Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung di akhirat"
Perkara-perkara yang perlu dihitung pada setiap malam sebelum tidur ialah seperti:
Apakah keburukan yang paling besar yang telah dilakukan sepanjang siang tadi

     a.Berapa orang anak yatim dan fakir miskin yang telah diberi makan sepanjang hari
     b.Adakah telah menziarah sahabat dan keluarga yang sakit
     c.Berapa banyak derma telah dihulurkan sepanjang hari
     d.Telah sempurnakah solat lima wakt
     e.Ibu bapa telah diziarahi atau telah dilupakan
     f.Apakah keluarga sendiri telah diberi nasihat
     g.Adakah kemaafan telah diminta kepada anak isteri
     h.Adakah kemaafan telah diberi kepada semua muslimin dan muslimat
     i.Sudahkah bertaubat atas kesalahan yang telah dilakukan sepanjang hari
     j.Siapakah sahabat handai yang telah diaibkan pada siang tadi
     k.Adakah diri merasakan lebih hebat dari orang lain pada hari itu

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Jika kamu mahu menyebut keaiban orang lain maka ingatkanlah lebih dahulu keaiban dirimu sendiri"

PERSAUDARAAN MEMBINA KEKUATAN UMMAH

Semua umat Islam itu bersaudara. Persaudaraan itu satu nikmat yang diberi oleh Allah untuk menguji kekuatan dan kelemahan umat
Islam. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah , yakni agama Islam dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat
Allah kepadamu dahulu, yakni di masa jahiliyah ketika kamu bermusuh-musuh maka Allah menjinakkan di antara hati kamu lalu jadilah
kamu kerana nikmah Allah itu orang-orang yang bersaudara"
Justeru itu tidaklah munasabah umat Islam yang berada dalam satu qariah yang subur dan jinak ini membenci satu sama lain, lantaran
berlainan kehendak dan fahaman. Persaudaraan itu satu limpah kurnia Allah yang tidak tertanding nilainya. Jadi sama-samalah umat
Islam itu memupuk persaudaraan sesama Islam . Firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 63 yang bermaksud:
"Dialah yang mempersatukan hari orang-orang yang beriman walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang ada di bumi
nesacaya kamu tidak akan dapat mempesatukan hati mereka akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia
Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
Oleh itu persaudaraan dalam Islam adalah berteraskan kepada:
dibina atas asas yang ikhlas kepada Allah

     a.dibina berasaskan kepada iman dan taqwa
     b.berlandaskan syariat Islam
     c.dilaksanakan berlandaskan nasihat
     d.bersendikan masa senang dan masa susah
     e.bersalam semasa beertemu dan berpisah
     f.kewujudan kemesraan, kasih sayang dan saling bantu membantu
     g.tunjukkan sikap gembira, manis muka dan berhati mulia
     h.merendahkan diri dan tidak berlagak sombong
     i.memenuhi janji apabila berjanji
     j.menutup keaiban saudaranya
     k.menjaga kehormatan saudaranya
     l.jangan hasad dengki dan bermusuhan

BUDI PEKERTI ORANG YANG MULIA

Munusia hidup untuk berbakti kepada Allah dan RasulNya. Manusia juga perlu berbakti kepada sesama insan yang hidup di muka bumi
ini. Manusia juga boleh berbakti kepada haiwan dan makhluk yang ghaib seperti malaikat dan jin.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Baihaqi bermaksud,
"Aku Rasulullah diutus untuk menyempurnakan budi pekerti yang luhur."
Rasulullah tidak pernah mengherdik atau membentak, tidak pernah memarahi wahabat-sahabat yang tersilap mengerjakan sesuatu
melainkan menasihati dengan cara yang sebaik mungkin. Ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud yang
bermaksud,
"Sesungguhnya seseorang mu`min dengan kebaikan budi pekerti akan mencapai tingkat mendapatkan pahala orang berpuasa lagi ahli
ibadah (khusus solat pada waktu malam hari)."
Oleh itu didiklah anak supaya mempunyai
Budi pekerti yang mulia, bersopan santun , menghormati orang tua dan gurunya, suntiasa ingat diri dan tidak sombong apabila telah
mencapai kejayaan yang diberi oleh Allah.

ADAB KESOPANAN

Dalam kehidupan manusia tidak boleh lari daripada mengamalkan kesopanan dan kekasaran dalam pergaulan sehariannya. Islam
menunjukkan jalan yang betul bagaimana kesopanan dalam hidup ini mengambil peranan.
"Sesungguhnya diantara kewajiban orang tua terhadap anaknya adalah memberi pelajaran seperti mengajar menulis, memberi nama yang
baik dan menikahkan di kala anak sudah cukup umur dewasa atau baligh" Riwayat Bukhari.

Kembali Ke Atas

KELEBIHAN BERSUGI ATAU SIWAK

Setiap orang Islam yang berwuduk untuk mengerjakan solat seeloknya membersihkan dahulu mulutnya dengan bersiwak atau bersugi.
Pernah Rasulullah mengatakan bahawa sekiranya tidak memberatkan umatnya, nescaya diwajibkan bersiwak atau bersugi sebelum
mengerjakan sembahyang.

KELEBIHAN BERSUGI

     1.membersihkan mulut
     2.menyebabkan keredhaan Allah
     3.mengusir syaitan
     4.Allah dan para malaikat-Nya suka kepada orang yang menyugi gigi
     5.Menguatkan gusi
     6.Menghilangkan gelema atau kahak
     7.Mewangikan mulut
     8.Menghalangkan ampedu
     9.Mencerahkan mata
     10.Menghilangkan bau busuk mulut

Jadi amalkanlah sunah ini semoga diberi keberkatan oleh Allah kepada hamba-Nya.

KELEBIHAN SOLAT

Solat mempunyai banyak kelebihannya. Solat adalah tiang agama yang wajib ditunaikan oleh setiap insan yang mengaku dirinya Islam.
Antara kelebihan solat itu ialah:

     1.perkara pokok yang akan disoal diakhirat kelak
     2.membezakan antara Iman dan syirik
     3.tanda Islam atau kafir seseorang
     4.tiang agama yang wajib ditunaikan
     5.menjauhkan syaitan
     6.Nur bagi orang Mukmin
     7.Jihad yang terbaik bagi orang Islam
     8.Allah bermurah hari kepada orang yang bersolat
     9.Terhindar dari bencana Allah
     10.Api neraka tidak menjamah daging-daging yang pernah sujud kepada Allah
     11.Allah amat mencintai orang yang menepati waktu solat
     12.Orang yang sujud itu paling dekat dengan Allah
     13.Anak kunci ke syurga
     14.Bumi bangga dengan sujud anak Adam di atasnya
     15.Doa nya dimakbulkan Allah
     16.Merupakan persembahan orang yang soleh
     17.Pembawa bendera Iman
     18.Solat dua rakaat tengah malam lebih berharga dari segala kekayaan di dunia ini.

Jadi solat wajib dan solat sunat itu mempunyai kelebihan yang amat dituntut melakukannya, baik pada waktu siang mahupun pada
malamnya.
Kita amat bersedih dengan kawan-kawan kita yang mampu bangun awal untuk ke tempat kerja tetapi tidak mempu melangkahkan kaki
ke masjid untuk melakukan solat berjemaah. Ada pula sanggup lalu di tepi mesjid untuk menjaja kuih tetapi tidak sampai hati untuk
singgah sebentar untuk berjemaah bersama jemaah yang lain pada waktu subuh. Kita sanggup bangun awal-awal pagi untuk ke tempat
kerja mencari rezeki yang diberi Allah tetapi tidak malu kerana tidak solah seperti yang disuruh Allah.
AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SOLAT
Bagi orang yang melalaikan sembahyang dia akan menerima lima macam azab dunia ini. Tiga semasa matinya, tiga dalam kubur dan tiga
selepas kebangkitan.
Azab di dunia itu ialah:

     1.dia tidak dirahmati Allah dalam kehidupannya
     2.kehilangan nur atau cahaya yang terdapat pada muka orang bersolat
     3.dia tidak menerima pahala bagi amalan-amalan yang baik.
     4.Doa-doanya tidak dimakbulkan
     5.Dia tidak dapat bahagianya dalam doa-doa orang yang soleh

Azab semasa hendak mati

     1.mati dalam keadaan yang memalukan atau yang mengaibkan
     2.mati dalam keadaan lapar
     3.mati dalam keadaan yang dahaga yang teramat sangat

Azab dalam kubur

     1.Dia dihimpit oleh kuburnya hingga berselisih tulang-tiulang rusuknya (berceragah)
     2.Dibakar dalam kuburnya dan dia diguling-gulingkan atas bara api siang dan malam
     3.Ular yang bisa denga mata berapi dan berkuku besi berdamping dengannya dalam kubur kerana melengah-lengahkan
     sembahyang. Ular ini akan memukulnya hingga hari kiamat.

AMARAN RASULULLAH KEPADA ORANG YANG BERSOLAH DI RUMAH

Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Daku ingin supaya dapat kusuruh budak-budak mengumpulkan
kayu api sebanyak-banyaknya untukku dan kemudian akan kupergi dari rumah ke rumah untuk yang tidak solat di masjid berjemaah
tanpa sesuatu uzur dan membakarnya."
Maksudnya Rasulullah amat memberati orang yang tinggal disekeliling masjid tetapi tidak mahu bersama-sama berjemaah di masjid.
Sehinggakan Rasulullah mahu membakar rumah-rumah orang yang tidak mempunyai apa-apa keuzuran tetapi terus bersolah di rumah.
Seruan ini ditujukan khas kepada orang lelaki yang sihat dan tidak mempunyai kesibukan syarie yang mengganggu kemudahannya ke
masjid untuk sembahyang berjemaah. Jadi dimanakah ukuran yang boleh dibuat kepada kesatuan orang-orang Islam sekiranya
perkara-perkara yang mudah seperti bersolat berjemaah di masjid yang terletak berhampiran rumah pun tidak dapat dibuat.

MAKANAN HALAL DAN HARAM

Amalan membuat kenduri untuk dijamu kepada tetamu adalah amalan yang sering dilakukan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah
lagi. Namun perbezaan yang nyata ialah jenis makanan dan ramuan makanan yang digunakan untuk memasak , yang hendak dijamu dan
diberi makan kepada tetamu. Ingat dan awaslah ramuan makanan yang digunakan. Elakkan dari menggunakan produk yang diragui halal
dan haramnya seperti kicap dan cili sos yang dibuat oleh orang bukan Islam. Umat Islam perlu sedar dan beringat bahawa ramuan yang
digunakan untuk bahan makanan oleh orang bukan Islam yang kadangkala mengandungi bahan-bahan najis seperti tulang binatang
(apalagi khinzir)darah ayam,bahan gelatin dan lesithin yang diperolehi dari sumber binatang dan sebagainya. Jadi beringatlah supaya
umat Islam tidak didakwa di akhirat kelak kerana memberi makan makanan yang haram kepada tetamu.
Jalan penyelesaiannya ialah gunakanlah barangan keluaran orang Islam atau yang mempunyai jaminan halal oleh Pusat Islam tidak
diragui kebersihan dan kesuciannya.

Kembali Ke Atas

BERTAUBAT KEPADA ALLAH

Manusia yang mendiami muka bumi ini tidak dapat lari dari melakukan dosa kepada Allah. Oleh itu sebelum menghembuskan nafas
terakhir eloklah sempat bertaubat kepada Allah atas semua kesilapan dan ketelanjuran yang pernah dilakukan kepada Allah.
Dalam surah An Nur :31 Allah berfirman yang meksudnya, "Bertaubatlah kamu kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya
kamu beruntung (bahagia). Sesunguhnya Allah membuka tangan rahmatnya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang melanggar
pada siang hari juga menghulurkan tangan kemurahannya waktu siang supaya bertaubat orang yang berdosa pada malam hari, keadaan
itu tetap terus hingga matahari terbit dari sebelah barat." Jadi sebelum tidur eloklah orang Islam bermuhasabah terhadap dirinya dan
menangis meratap kerana telah melakukan banyak dosa kepada Allah dan kepada sesama makhluk Allah.
Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud, "Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari Barat maka
Allah menerima taubat dan memaafkannya". Oleh itu janganlah tunggu hingga terlewat untuk bertaubat kepada Allah.

KEGIATAN EKONOMI ISLAM

Kegiatan ekonomi adalah satu perkara yang tidak boleh diabaikan oleh setiap manusia. Islam mewajibkan umatnya membabitkan diri
dalam kegiatan ekonomi demi untuk menampung keperluan hidup diri dan keluarga. Malah ia adalah fardhu ain bagi setiap Muslim.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, " Berusaha untuk membiayai kehidupan melalui cara yang halal adalah kewajipan bagi setiap
Muslim" Bagi memandu manusia dalam kegiatan ekonomi, Islam mempunyai asas nilai etikanya tersendiri. Asas nilai etika ini adalah
pancaran daripada asas falsafah tauhid yang menganjurkan pendekatan bersepadu di antara nilai etika dan kegiatan ekonomi. Etika ini
membicarakan sistem akhlak yang ditentukan oleh Allah untuk menusia.
Dengan mendukung sistem etika Islam, gelagat individu Muslim berkaitan dengan kegiatan ekonomi akan terarah kepada matlamat
berikut:

     a.memberi pertimbangan kepada keperluan dan kepentingan masyarakat dalam setiap aktiviti ekonomi
     b.mengutamakan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu
     c.memenuhi keperluan asas untuk semua ahli masyarakat
     d.menimbang dengan penuh keadilan dan tepat setiap kali berjual beli
     e.pengagihan dengan adil pendapatan dan kekayaan di kalangan masyarakat
     f.kestabilan dalam ekonomi negara
     g.tidak melakukan pembaziran dalam perniagaan
     h.memupuk kerjasama dan mengamalkan perbincangan dalam usaha menjayakan matlamat masyarakat.

TIGA MAHKAMAH DI AKHIRAT

Di akhirat kelak Allah menyediakan tiga buah mahkamah untuk mengadili semua umat manusia, sama ada Islam atau kafir. Mahkamah
itu ialah:
1.Mengadili orang-orang kafir dan orang -orang Islam, iaitu tidak ada keampunan
2.Mengadili kewajipan dan tingkah laku seseorang terhadap orang lain . Sekalian yang teraniaya akan dibalas di sana.
3.Mengadili kewajipan terhadap Allah s.w.t. Di sini pintu rahmat Allah akan terbuka luas dan Dia akan mengampun sesipa yang Dia
kehendaki.
Dengan ini jelaslah bahawa Azab Allah akan ditentukan kepada mereka yang melakukan kezaliman,kemungkaran dan kemaksiatan di
dunia ini, melainkan orang yang mendapat rahmat dari Allah dan diampunkan segala dosa semasa di dunia ini.

PERHATIAN SEBELUM BERSOLAH

Sebelum seseorang Muslim itu bersolah baik berjemaah mahupun berseorangan, perlulah berwaspada pada perkara-perkara yang
mencacatkan solahnya, iaitu :
1.Tidak melabuhkan pakaiannya, sama ada jubahnya, kainnya atau seluarnya. Dari Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda "Apabila kamu hendak bersolat maka angkatlah (tinggikan) pakaian kamu yang labuh (kain seluar atau jubah) ke atas paras
mata kaki kerana mana-mana pakaian yang meleret ke bumi maka tuannya akan dibakar dalam api neraka. Dalam hadis lain,
diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud " Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak menerima ( diberi pahala)
solat seseorang lelaki yang melabuhkan pakaiannya."
Orang yang bersolah itu ialah orang yang bermunajat kepada Allah iaitu kepada tuannya, sepatutnya orang yang bermunajat dengan
pencipta langit dan bumi , dan pencipta dirinya juga bersifat tawadduk, iaitu merendah diri dan tidak sombong di atas muka bumi,
apatah lagi ketika bersolat.
2.Serban yang dipakai adalah suatu sunah yang mulia ketika mengerjakan solah, sama ada lelaki itu telah menunaikan haji atau belum.
Ekor serban yang berada di belakang serban biarlah labuhnya antara empat jari dan satu hasta. Dan tidak boleh lebih dari satu hasta..
3.Jauhilah dari memakai pakaian yang mempunyai gambar objek yang tidak senonoh yang boleh mengganggu kekusyukan jemaah lain.
Pakaian yang sebaiknya ialah berwarna putih dan tidak bercorak. Bahkan sejadah yang berlukisan luar biasa seperti gambar-gambar
yang boleh menarik perhatian dan mengganggu konsentrasi semasa sembahyang juga dilarang, Diriwayatkan oleh Bukhari hadis
Rasulullah yang bermaksud:
" Anas berkata Saidatina Aishah , telah memasang langsir untuk menutup sebahagian rumahnya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda
kepadanya: Angkatlah/ buangkan langsir kamu ini, kerana lukisannya sentiasa ternampak semasa saya dalam solat."
5.Memasuki saf dengan tenang dan khusyuk. Janganlah berlari ketika memasuki saf untuk solat, bergeraklah dengan sopan, tertib dan
tidak tertolak-tolak berebut memilih saf yang dikehendaki. Ingatan ketika itu ialah kebesaran Allah yang hendak dihadapi sepanjang solat
dan merendahlah diri agar diterima solat tersebut.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud" Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
Apabila solat diiqamahkan, maka janganlah kamu datang sambil berlari, bahkan datanglah dengan tenang dan perlahan."

Kembali Ke Atas

ANAK-ANAK ZAMAN INI

Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat , masyhur, kaya , tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran
itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan
mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam
zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:

     1.Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan.
     2.Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor dan jijik dipandang
     3.Memakai subang sebelah seperti anak haram negro
     4.Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina
     5.Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan.
     6.Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya.
     7.Mentatoo lengan seperti orang Siam supaya air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci.
     8.Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis
     tersebut.
     9.Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri yang dijadikan
     Tuhan.
     10.Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan.
     11.Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa
     bertudung semasa keluar dari rumah .
     12.Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .

WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI
UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT
BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.
Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.

KEMISKINAN DAN SYURGA

Kebanyakan manusia tidak mahu menjadi miskin kerana miskin itu menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Jika dibuat bancian,
diyakini tidak ada orang yang ingin memilih menjadi orang miskin. Malah semua orang ingin menjadi kaya dan dapat makan makanan
yang lazat dan pelbagai cita rasa. Tetapi kita harus ingat bahawa sedikit sahaja orang kaya yang masuk syurga dan sedikit sahaja oang
miskin masuk neraka. Mengapakah terjadi begitu? Adakah orang kaya sahaja yang baik di muka bumi ini? Adakah orang kaya semuanya
jahat dan kedekut.
Dan adakah orang miskin itu dijamin masuk syurga Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Yu'la yang bermaksud "
Yang dinamakan kekayaan bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa (hati).
Jadi janganlah kita mengukur kaya seseorang itu dengan harta dan kekayaan lahiriah sahaja, tetapi ukurlah kemurniaan jiwa dan
rohaninya. Dalam satu riwayat lain yang dirawi oleh At-Thusi Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Cinta yang sangat terhadap
harta dan kedudukan dapat mengikis agama seseorang."
MENGHORMATI IBU BAPA
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang soleh tidak akan menangis kerana anak-anaknya tidak pernah mengkasarinya. Tetapi betapa
malangnya ibu dan bapa yang memiliki anak-anak yang kurang menghormati ibu bapanya lantaran kurangnya didikan daripada ibu
bapanya sendiri. Sebenarnya itulah hukuman yang dijatuhikan kepada ibu bapa yang tidak mengendahkan hukum Allah yang dinyatakan
dalam Al Quran.
MANUSIA akan terasa hilang hormatnya kepada orang lain termasuk ibu bapa sendiri kerana KURANG DIDIKAN AGAMA atau tidak
berakhlak, merasakan dirinya telah cukup cerdik, kaya, hebat dan lebih berpelajaran daripada ibu bapa nya .
Didikan yang betul dan berlandaskan Al Quran dan hadis amat perlu untuk menjadikan anak-anak itu soleh dan tahu untung dirinya yang
dijadikan oleh Allah melalui perhubungan kedua orang ibu dan bapanya. Jika ibu-bapa tahu yang anak yang dibesarkan itu bakal menjadi
penderhaka dari awal-awal lagi anak itu tidak dibiarkan hidup, Dalam surah Al Ahqhaf :15 yang bermaksud, " Dan kami telah
perintahkan manusia berbuat baik kepada ibu bapa. Ibu mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan bersusah
payah pula"
Banyak sebab yang boleh dihubungkaitkan dengan kecelaruan tingkah laku anak-anak pada masa ini, antaranya:

     a.hubungan ibu dan bapa yang bercelaru
     b.makanan yang dimakan oleh ibu dan bapa
     c.makanan yang diberi makan kepada anak
     d.cara bercakap antara ibu bapa dengan anak
     e.rezeki yang didapati oleh ibu dan bapa
     f.perbuatan ibu dan bapa semasa mengandungkan anak
     g.layanan ibu bapa kepada anaknya
     h.cara didikan agama yang diberi
     i.didikan agama ibu dan bapa sendiri
     j.kemurnian hati ibu bapa
     k.harta yang digunakan untuk meneruskan hidup anak
     l. pergaulan ibu bapa dengan jiran-irannya
     m. keikhlasan menjaga anak-anak

Oleh itu muhasabahlah diri kita apa yang tidak betul dengan diri kita sekiranya kita dikurniakan Allah anak yang bermasaalah tingkah
lakunya. Adakah kita yang bersalah atau fenomena lain yang menyebabkan anak kita menjadi liar dan tidak mendengar kata.
BIARLAH ANAK KECIL ITU MENANGIS KERANA TINDAKAN IBU BAPANYA DARIPADA IBU BAPA KELAK MENANGIS
KERANA ANAKNYA.

Kembali Ke Atas

Kembali Ke Menu Utama
1999/2000
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya