BINGKAI : >2 BINGKAI



1. Bilangan Bingkai

Tag <FRAMESET> hanya membuat pembahagian halaman. Tidak lebih dari itu. Halaman dibahagikan bergantung kepada keluasan yang boleh anda tentukan. Pastikan jika anda ingin membahagikan halaman kepada lima bahagian (contohnya), anda perlulah mempunyai enam fail / dokumen html (termasuk satu fail utama). Dengan tag <FRAMESET> ini anda boleh membahagikan halaman lebih dari dua bahagian. Cuma anda perlu pastikan setiap bahagian diwakili oleh dokumen yang tertentu.

 <FRAMESET COLS="20%,20%,20%,20%,20%">
  <FRAME SRC="kiri.html">
  <FRAME SRC="kanan.html">
  <FRAME SRC="bingkai1.html">
  <FRAME SRC="bingkai2.html">
  <FRAME SRC="bingkai3.html">
</FRAMESET>

Semua fail (sumber bingkai) di atas telah dibina dalam pelajaran yang lepas.

 Cuba buatkan yea!!! 

Kita sudah tahu bingkai dapat dibuat dengan membahagikan halaman utama kepada beberapa bahagian yang kita kehendaki. Setiap satu halaman boleh ditentukan saiznya. Ini bermakna semua bingkai boleh dibahagi kepada saiz yang berbeza. Pastikan anda tahu kira campur dan kira tolak. Keseluruhan peratusan hendaklah 100%, jangan lebih. Jika salah browser buat hal dia lah....

 <FRAMESET COLS="10%,20%,30%,15%,25%">
  <FRAME SRC="kiri.html">
  <FRAME SRC="kanan.html">
  <FRAME SRC="bingkai1.html">
  <FRAME SRC="bingkai2.html">
  <FRAME SRC="bingkai3.html">
</FRAMESET>

 Cuba Buatkan yea !!! 

Sebelum ini kita bahagikan halaman di dalam bentuk menegak. Kita cuba pula bagaimana ianya boleh membahagikan halaman dalam bentuk mendatar. Gantikan sifat ROWS kepada COLS

 <FRAMESET ROWS="10%,20%,30%,15%,25%">
  <FRAME SRC="kiri.html">
  <FRAME SRC="kanan.html">
  <FRAME SRC="bingkai1.html">
  <FRAME SRC="bingkai2.html">
  <FRAME SRC="bingkai3.html">
</FRAMESET>

 Cuba Buatkan yea !!!!  

Kita berpatah semula kepada halaman dua bingkai, dan bahagikannya sama rata.

 <FRAMESET COLS="50%,50%">
  <FRAME SRC="kiri.html">
  <FRAME SRC="kanan.html">
</FRAMESET>
 

 Cuba Buatkan yea !!! 

Dalam penentuan saiz, kita boleh mengggunakan format pixel berbanding peratusan yang sebelum ini.  Sebagai contoh kita letak 50 pixel berbanding  50% sebelum ini. Dan, kita boleh gunakan *  berbanding nombor sebelum ini. Huruf * bermakna apa saja yang tinggal (baki).

 <FRAMESET COLS="50,*">
  <FRAME SRC="kiri.html">
  <FRAME SRC="kanan.html">
</FRAMESET>

 Cuba Buatkan yea !!!


Kita juga boleh menyediakan lebih dari satu bingkai yang bergantungan antara satu sama lain. Di dalam contoh di bawah terdapat dua bingkai di sebelah kanan tidak dinyatakan secara tepat berapa pixel halaman tersebut. Bingkai pertama mewakili 50 pixel, bingkai ke dua  dan ke tiga mengambil bakinya dengan bingkai ke tiga mempunyai dua kali ganda pixel berbanding bingkai ke dua.

 <FRAMESET COLS="50,*,2*">
  <FRAME SRC="kiri.html">
  <FRAME SRC="kanan.html">
  <FRAME SRC="bingkai1.html">
</FRAMESET>

Cuba Buatkan yea !!! 

Bagaimana jika kita ingin membahagikan bingkai atau halaman di sebelah kanan separuh mendatar?. Dalam pelajaran yang lalu saya ada mengatakan bahawa jika kita ingin membahagikan halaman tag  <FRAMESET> mesti digunakan. Mula - mula kita hendaklah mengeluarkan halaman bingkai1.html dengan pasangan tag <FRAMESET>.

 <FRAMESET COLS="50,*,2*">
  <FRAME SRC="kiri.html">
  <FRAME SRC="kanan.html">
  <FRAMESET>
  </FRAMESET>
</FRAMESET>

Pada ketika ini, kita akan memberitahu browser bahawa sila bina 3 bingkai. Bingkai pertama 50 pixel lebar. Yang lain ambil bakinya. Bingkai 2 dan 3 hendaklah dibahagikan dengan bingkai 3 dua kali lebih besar dari bingkai 2. Fail kiri.html diletakkan pada bingkai 1, kanan.html pada bingkai 2 dan bingkai 3 akan kita bahagikan kemudian. Sekarang kita perlu menentukan bagaimana bingkai 3 ini dibahagikan.


Untuk pelajaran ini, kita akan membahagikan separuh mendatar.

 <FRAMESET COLS="50,*,2*">
  <FRAME SRC="kiri.html">
  <FRAME SRC="kanan.html">
  <FRAMESET ROWS="50%,50%">
  </FRAMESET>
</FRAMESET>


Apabila kita membahagi du bingkai 3, maka terdapat dua bahagian untuk bingkai tersebut. Ini bermakna terdapat empat bingkai pada halaman utama itu. Dua bingkai tambahan yang setiap satu diwakili oleh nama fail yang berbeza hendaklah ditentukan. Mari kita tambah dua fail iaitu bingkai1.html dan bingkai2.html ke dalam halaman ini.

 <FRAMESET COLS="50,*,2*">
  <FRAME SRC="kiri.html">
  <FRAME SRC="kanan.html">
  <FRAMESET ROWS="50%,50%">
    <FRAME SRC="bingkai1.html">
    <FRAME SRC="bingkai2.html">
  </FRAMESET>
</FRAMESET>
 

 Cuba Buatkan yea !!! 

Kita sebelum ini telah membina beberapa fail yang boleh dimasukkan ke dalam bingkai. Untuk pelajaran kali ini kita akan menambah lagi bilangan bingkai di dalam halaman utama. Kita bahagikan bingkai pertama kepada tiga bahagian yang setiap satunya mewakili fail html yang sama. Tetingkap yang pertama kita set kepada 50 pixel dan yang lain mengambil bakinya (secara pembahagian dua sama rata). Ubah baris kedua iaitu <FRAME SRC="kiri.html">  kepada kod yang berwarna merah berikut:

 <FRAMESET COLS="50,*,2*">
  <FRAMESET ROWS="50,*,*">
    <FRAME SRC="kiri.html">
    <FRAME SRC="kiri.html">
    <FRAME SRC="kiri.html">
  </FRAMESET>
  <FRAME SRC="kanan.html">
  <FRAMESET ROWS="50%,50%">
    <FRAME SRC="bingkai1.html">
    <FRAME SRC="bingkai2.html">
  </FRAMESET>
</FRAMESET>
 

Cuba Buatkan yea !!!

Penampilan halaman dalam contoh di atas mungkin tidak begitu menarik bagi anda. Sebenarnya halaman memang boleh dibahagikan kepada beberapa bingkai yang anda suka. Tapi jika anda membahagikanya kepada telampau banyak bingkai, halaman anda mungkin kelehatan serabut. Sebagai panduan, itu pun jika anda ingin menerima pandangan saya, bila membina halaman yang berbingkai elakkan membina lebih dari tiga bingkai. Jika perlu elakkan dari menggunakan bingkai. Banyak masalah tambahan yang anda akan hadapi...

Di luar sana terdapat mereka yang tidak berupaya untuk menyediakan browser yang canggih. Browser mereka tidak berupaya untuk mencapai halaman berbingkai. Anda boleh menyelesaikan masalah mereka (jika anda masih kekalkan halaman berbingkai) dengan menulis versi tak berbingkai pada halaman utama. Ikuti teknik mudah ini.
 

 <FRAMESET COLS="50,*,2*">
  <FRAMESET ROWS="50,*,*">
    <FRAME SRC="kiri.html">
    <FRAME SRC="kiri.html">
    <FRAME SRC="kiri.html">
  </FRAMESET>
  <FRAME SRC="kanan.html">
  <FRAMESET ROWS="50%,50%">
    <FRAME SRC="bingkai1.html">
    <FRAME SRC="bingkai2.html">
  </FRAMESET>
</FRAMESET>
<NOFRAMES>
<BODY>
Letakkan halaman tak berbingkai anda di sini. Sesiapa saja yang menggunakan browser yang lapuk dik zaman, mereka masih boleh melihat isi kandungan halaman anda. Browser mereka akan langkau (abaikan) apa saja di dalam bingkai atau pasangan tag <FRAMESET>. Manakala browser yang mempunyai kebolehan mencapai bingkai pula akan mengabaikan apa saja yang ada di dalam pasangan tag <NOFRAMES>. Beberapa soalan mungkin terkeluar dari benak fikiran kita:

Adakah kita perlu menulis semuanya sekali lagi? Mungkin
Berapa orang yang tidak boleh melihat bingkai? sikit sangat
Patutkah anda risau tentang mereka? mungkin tidak perlu
Patutkah anda fikir tentang mereka yang mempunyai browser yang lapuk?  Tidak juga
Patutkah anda mempraktikkan pelajaran ini? Tak payah
Jadi kenapa saya ajarkan pekara ini dalam pelajaran ini? Saja nak kasi ilmu ... tak boleh ke? Sekurang-kurangnya anda tahu. YA tak?

1999/2000/2001
Allright Reserved By
Mohd Hafiz Yahaya

</BODY>
</NOFRAMES>