Anda pasti ingin tahu bagaimana boleh mendapatkan Internet. Pasti juga mahu tahu apa yang patut dilakukan untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Internet. Apa yang diperlukan ialah komputer (PC atau Macintosh), modem, perisian relekom, talian telefon dan penyedia perkhidmatan Internet.
Internet adalah dalam bentuk pengkomputan pelanggan/pelayan di mana komputer pelanggan boleh mencapai lebih daripada satu pelayan dan manakala pelayan boleh berkhidmat untuk lebih daripaa satu pelanggan. Setiap pengguna Internet adalah pelanggan dan sumber bahan Internet iaitu pelayan terletak di mana-mana sahaja di dunia.
Internet berasaskan kepada protokol rangkaian iaitu TCP/IP (Transmission Control Protocol / Internet Protocol) dan setiap pembina Internet mesti mengikuti protokol ini untuk memudahkan capaian oleh para pengguna. TCP/IP terdiri daripada alamat numerik IP dan nama domain. Alamat IP terdiri daripada 4 set nombor yang dipisahkan oleh titik contohnya 124.199.4.88. Tetapi setelah pengguna Internet meningkat pengguna huruf adalah lebih berkesan dan mudah diingat.
Pertama
Komputer yang
sesuai adalah sekurang-kurangnya Pentium 233 MMX tetapi Pentium II ke atas
adalah lebih baik. Jumlah memori atau RAM hendaklah sekurang-kurangnya
36MB dan cakera keras 2.1GB atau lebih.
Kedua
Modem adalah
sebuah peranti yang digunakan untuk menukar isyarat analog kepada digitial
dan sebaliknya. Contohnya isyarat dari komputer kepada talian telefon dan
seterusnya. Keupayaan modem diukur dari segi kepantasan menghantar data
dan ukuran yang digunakan adalah dalam bps atau bit per saat iaitu bilangan
bit data ditukar dan dihantar. Biasanya keupayaan modem yang digunakan
pada sebuah PC adalah di antara 9.6 kbps hingga 192 kbps. Harga modem pula
adalah di antara RM200 hingga RM2000, bergantung kepada jenama dan keupayaannya.
Dengan menggunakan modem yang lebih tinggi keupayaannya maka masa penggunaan
Internet akan berkurangan dan bayaran caj penggunaan juga adalah rendah.
Modem juga mempunyai keupayaan menerima atau menerima faksimili, menerima
pesanan bersuara dan membetulkan ralat dokumen. Terdapat dua jenis modem
iaitu dalaman dan luaran. Modem luaran akan dipasang pada bahagian belakang
PC anda dan kelihatan seperti sebuah kotak, manakala modem dalaman pula
sekeping kad modem yang dipasang di dalam komputer.
Ketiga
Perisian telekom
digunakan untuk mengisytiharkan kehadiran pengguna dalam Internet. Perisian
telekomunikasi ini untuk menyambungkan komputer kepada Internet dan contoh
perisian ini ialah Trumpet Winsock. Jika anda menggunakan Windows 95/98
anda tidak perlu bimbang kerana perisian TCP/IP telah dimasukkan ke dalam
perisian tersebut. Sebuah lagi perisian diperlukan ialah pelayar Web (web
browser) untuk memudahkan pencarian, pemaparan dan memindah terima fail.
Contohnya ialah Netscape Navigator, dan Internet Explorer.
Keempat
Talian telefon
digunakan sebagai perantara untuk mendapatkan bahan dari kawasan Internet.
Jika ingin menggunakan Internet boleh menggunakan talian telefon yang sedia
ada tetapi anda boleh mendapatkan talian telefon baru dari Telekom Malaysia.
Kelima
Untuk membolehkan
anda menggunakan Internet, anda perlukan penyedia perkhidmatan Internet
(ISP) yang membuka dan mengawal laluan Internet di Malaysia. Anda boleh
memilih salah satu daripada tujuh ISP tempatan, antaranya ialah TMNet,
Jaring dan Nasionet. Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dan ia bergantung
kepada jumlah penggunaan laluan yang serta bayaran panggilan telefon tempatan.
Kandungan Internet
Setelah mengetahui mengenai Internet dan cara-cara untuk mendapatkannya, anda pasti ingin tahu apakah kandungan Internet. Saya rasa buat masa ini anda pasti tahu tentang kandungan Internet yang terbahagi kepada negatif dan positif. Anda boleh memanfaatkan Internet dengan mendapatkan bahan-bahan rujukan yang positif tetapi terpulanglah kepada anda untuk samada hendak pergi ke laman-laman Web yang negatif.
Fakta umum
Internet
Secara umumnya
dalam Internet terbahagi kepada 4 jenis applikasi :
1. mel
elektronik - mel elektronik adalah satu applikasi asas dalam Internet bagi
memudahkan para pengguna Intenet berhubung antara satu dengan yang lain
2. rangkaian
pengetahuan - berkongsi maklumat dan membincangkan topik melalui Internet
dan kumpulan akhbar Usenet.
3. applikasi
capaian jauh - menggunakan fail dan data seperti aturcara, bunyi, imej,
data dan teks dengan menggunakan aturcara seperti Telnet dan FTP.
4. applikasi
capaian pengetahuan - dengan menggunakan perkakasan seperti Archie dan
Gopher untuk mencari maklumat tertentu dalam pangkalan data di seluruh
dunia.
Anda mestilah
mempunyai asas komputer yang baik dan rakan-rakan yang pernah menggunakan
Internet supaya boleh membantu anda. Anda juga perlu meningkatkan pengetahuan
anda mengenai Internet dengan membaca mengenainya serta memahami beberapa
aspek teknikal Internet.
Portal Web
Altavista
- www.altavista.com/
Excite www.excite.com
Snap www.snap.com
Yahoo! www.yahoo.com
MSN Malaysia
www.msn.com.my
HotBot www.hotbot.com
Infoseek
infoseek.go.com
Lycos www.lycos.com
1999/2000/2001
©Allright Reserved by
Mohd
Hafiz Yahaya