Revolusi maklumat berada disekitar kita. Dimana sahaja kita pergi hari ini, kita akan ketemui bermacam jenis komputer dan peralatan-peralatan lain yang dikuasai oleh oleh komputer yang sibuk memproses, menyimpan dan membentangkan maklumat untuk kita. Dalam suasana sedemikian, adakalanya kita takjub dan berhenti untuk memikirkan bagaimana kesemua komputer ini menyimpan begitu banyak maklumat?
Jika anda ingin mengetahuinya sila ikuti perenggan-perenggan selanjutnya….

[ Apakah Itu Maklumat] [ Maklumat Di dalam Komputer ] [ Sistem Binari ] [ Kecil-Kecil Menjadi Bukit ]    [ Bersatu Bit Menjadi Teguh ] [ Dari Bit Ke Byte ] [ Kilobyte, Megabyte dan Gigabyte ]
 


Apakah Itu Maklumat ?

Secara ringkas,maklumat itu dikatakan sebagai segala apa yang membawa kepada sesuatu maksud kepada manusia. Ia tidak terhad kepada pancaindera kita seperti pemandangan, suara,bunyi, rasa, bau dan sentuhan. Di samping itu hasil karya manusaia seperti tulisan, lukisan dan simbol juga dikatakan sebagai maklumat. Di masa-masa akan datang adalah kemungkinann besar juga bahawa fikiran dan perasaan manusia juga dikategorikan sebagi maklumay yang boleh dikesan dan diproses oleh komputer sepertimana contoh-contoh maklumat yang diberikan awal tadi.

Maklumat Dalam Komputer

Jadi adakah semua ini bermaksud bahawa komputer itu boleh melihat permandangan dan mengesan berjuta-juta jenis bau, namun ia menyimpan kesemua maklumat ini dalam bentuk yang berbeza jika dibandingkan dengan otak manusia. Ini adalah kerana komputer terdii daripada berjuta-juta litar elektronik yang kecil yang disemaikan dalam bentuk IC atau Litar Bersepadu. Kesemua litar-litar ini boleh berada dalam satu dari dua keadaan atau situasi sahaja. Keadaaan atau situasi ini adalah saamaada litar itu terpasang (yakni mengandungi arus elektrik) atau tertutup(tiada arus elektrik). Keujudan dalam dua situasi ini sering dikatakan “Binari”

Sistem “Binari”

Sistem Binari sering diwakili menggunakan nombor ( agar ia mudah difahami manusia). Nombor-nomnor ini ialah 1 untuk litar terpasang dan 0 untuk litar tertutup. Jadi ingatan komputer sentiasa dipenuhi denga nombor-nombor 1 dan 0 ini. Setiap satu dari 1dan 0 ini dikatakan sebagai satu ‘bit’ dan mewakili satu unit maklumat. Jadi bit adalah ukuran unit maklumat yang terkecil dalam sistem komputer.

Kecil-Kecil Menjadi Bukit.

Menyimpan maklumat di dalam bit sahaja tidaklah mendatangkan apa-apa faedah kepada manusia. Ini kerana bit hanya boleh mewakili dua unit maklumat sahaja (iaitu yang diwakili 1 dan 0). Sementara kita tahu dunia ini dipenuhi dengan berjuta jenis maklumat. Jadi bagaimankan harus kesemua maklumat di dunia ini disimpan dengan menggunakan dua bit dalam ingatan komputer? Jawapannya ialah dengan mengumpulkan bit-bit tersebut ke dalam satu kumpulan yang lebih besar. Bit-bit sering dikumpulkan dalam kumpulan yang sebesar 8, 16, 32, 64 mahupun 128 bit bagi membenarkan perwakilan julat maklumat yang lebih besar. Di awal era komputer misalnya, 8 bit sering digunakan sementara sekarang 32 dan bit menjadi kebiasaan dan 128 bit sudah mula diperkenalkan dalam sistem-sistem komputer kategori atasan <tentera dan penyelidikan>. Mari kita selidiki bagaimana dengan mengumpulkan sejumlah besar bit kita boleh mewakili julat maklumat yang lebih besar.

Bersatu bit Menjadi Teguh!

Ahli matematik di awal kurun ke 19 sudahpun mencari jalan untuk mewakilkan maklumat yang banyak dengan hanya 2 bit ( walaupun dalam ketika itu teknologi komputer belum wujud lagi). Dengan mengambil setiap baris bit untuk mewakili satu set maklumat, adalah mungkin untuk kita mewakili berjuta-juta maklumat dalam baris-baris bit sahaja. Sebagai contoh :-
Nombor 1 diwakili didalam sistem binari sebagai 00000001
Nombor 2 diwakili didalam sistem binari sebagai 00000010
Nombor 3 diwakili didalam sistem binari sebagai 00000011
Nombor 4 diwakili didalam sistem binari sebagai 00000100 dan seterusnya.

Kita dapat lihat bagaimana turutan angka-angka 1 dan 0 digerakkan dari hujung kanan ke kiri dalam pewakilan maklumat ini.
Dengan cara ini, segala apa nombor, simbol, tulisan atau maklumat lain boleh dipecahkan dan diwakili di dalam kumpulan-kumpulan bit ini.

Dari Bit Ke Byte

Kumpulan-kumpulan bit ini maklumat sudah mula mengambil bentuk dalam komputer. Satu kumpulan 8, 16, 32, 64 dan  128 bit dikenali sebagai satu byte. Satu adalah perwakilan satu unit seperti huruf ‘A’ di dalam ingatan komputer. Ini bermaksud satu perkataan seperti ‘Hafiz’ yang terdiri daripada 5 abjad dikatakan 5 byte panjangnya. Antara lain seperti ‘Musang’ yang terdiri daripada 6 abjad dikatakan pula 6 byte. Dengan cara yang sama satu dokumen yang mengandungi 1500 aksara ( memasuk abjad, nombor,simbol dan ruang kosong) dikatakan adalah 1500 byte panjangnya. Kita dapat lihat bahawa byte memberikan cara mudah untuk menggambarkan kuantiti maklumat di dalam komputer.

Kilobyte, Megabyte dan Gigabyte

Sistem  matrik yang digunakan dan singkatan kila,mega,dan giga diletakan di hadapan byte bagi meggambarkan jumlah kuantiti maklumat yang semakin banyak sebagai contoh , satu KiloByte ditakhtakan sebagai KB adalah bersamaan dengan lebih kurang satu ribu byte. Seterusnya satu MegaByte (MB) adalah lebih kurang satu juta byte dan satu GigaByte (GB) pula adalah bersamaan dengan hampir satu billion(satu ribu juta) bytr. Diramalkan akan datang akan wujud TeraByte (TB) . Untuk Menulisnya di dalam nombor:-
1 KB = lebih kurang 1,000 byte.
1 MB = lebih kurang 1, 000,000 byte
1 GB =lebih kurang 1,000,000,000 byte
1 TB = lebih kurang 1,000,000,000,000 byte

Ukuran MB dan GB sering di gunakan sekarang ini bagi  menggambarkan kuantiti maklumat di dalam satu fail komputer ataupun jumlah maklumat yang boleh disimpan/diprosesoleh peralatan komuter seperti RAM,Cakera Liat dan cakera keras.


1999/2000
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya