Mutiara Kata Dari Hafiz


Versi Bahasa Melayu
Versi Bahasa Inggeris

Disebabkan saya mempunyai banyak masa di rumah di musim cuti sekolah pertengahan tahun ini,saya telah berusaha untuk mengumpul sebanyak mana mutiara kata untuk semua pelawat halaman web saya...

Inilah hasil usaha saya untuk anda semua.

*    Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri.
*    Pilihlah seseorang untuk dicintai dan cintalah pilihan anda
itu.

*    Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.

*    Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.

*    Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.

*    Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada
musuhnya sendiri.

*    Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

*    Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan dan yang mana satu kawan.

*    Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,
menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi
lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki
sejati.

*    Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada
dikesani oleh orang lain.

*    Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak
mengejar nama.

*    Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan
mengalah.

*    Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap

*    Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

*    Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang
terhadap kesilapan mereka.

*    Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah
kapal yang besar.

*    Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang
baik.

*    Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau
beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan
seumur hidupnya.

*    Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.

*    Imaginasi menguasai dunia.

*    Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai
peluang untuk menjadi pandai.

*    Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung
kepadanya.

*    Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda
tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

*    Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang
luas.

*    Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia.

*    Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada
orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada
kemiskinan mereka.

*    Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara
yang anda suka.

*    Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang
mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

*    Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

*    Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda
dan lupakan masa silam

*    Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang
bersabar

*    Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana

*    Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

*    Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu
matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari

*    Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa
yang anda dapat

*    Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan
sekaligus

*    Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang
dimiliki

*    Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda
masih mempunyai masa depan.

*    Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan
mengenal kemanisan

*    Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk
membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad
kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai

*    Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas
ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai
dengan minatnya

*    Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat

*    Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah

*    Mimpi itu adalah perlu dalam hidup

*    Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh
dimusnahkan

*    Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada
kemenangan terhadap orang lain.

*    Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar
tetapi tidak melakukannya

*    Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya

*    Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama
daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya

*    Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan

*    Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda
boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu
memikirkan masa depan anda

*    Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting
bagaimana keadaan kita semasa hidup

*    Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama

*    Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda
perlindungan dengan tidak memusnahkannya

*    Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah.

*    Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan
hari ini

*    Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap
peluang

*    Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca

*    Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah
bahawa masa depan masih ada.

*    Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak
pada diri manusia

*    Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita
belum kecapi kejayaan yang orang lain capai

*    Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang
yang gagal terus gagal

*    Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan
dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas
apa yang berlaku

*    Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada
yang berlidah manusia

*    Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk
kita rasai nikmatnya.

*    Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan
kegagalan

*    Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula
jatuh ke bumi

*    Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak
membuktikannya melalui perlaksanaan

*    Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi
sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan

*    Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah
bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau

*    Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya
dirinya ditipu

*    Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan

*    Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai
hambanya

*    Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama

*    Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas
kemusnahan dan kematian

*    Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita
dan kejayaan

*    Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat

*    Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya
kecacatan atau kekurangan

*    Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya
terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri

*    Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

*    Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api
di dalamnya kita terbakar

*    Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan
akan menamatkan manusia

*    Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya

*    Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya

*    Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan

*    Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah
daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri

*    Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
kita usahakan

*    Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang
datang

*    Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan
beroleh apa yang kita hajati

*    Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit

*    Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian
 
 
 

Disediakan oleh Hafiz


INSTRUCTIONS FOR LIFE
 

"Instructions For Life" ini saya dapat dari saudara kepada kawan perempuan (My Friend's Cousin) saya...Ada yang boleh dipercayai bagi oleh umat Islam dan ada juga yang tak boleh dipercayai
langsung...
Jadi renungilah semua ini dan nilaikanlah baik buruknya...
 

1.    Give people more than they expect and do it cheerfully. (Lakukanlah kerana ianya baik untuk anda)

2.    Memorize your favorite poem.(Untuk apa ??)

3.    Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want.(Tak faham)

4.    When you say, "I love you", mean it.(He..he..he...Ni untuk couple yang sedang hangat bercinta)

5.    When you say, "I'm sorry", look the person in the eye.(Boleh dipercayai dan boleh dilakukan)

6.    Be engaged at least six months before you get married.(No way man)

7.    Believe in love at first sight.(Betul...Padah cinta pandang pertama sama seperti percubaan memakan racun)

8.    Never laugh at anyone's dreams.(Ini adalah benar, tidak semua mimpi atau impian seseorang itu adalah karut)

9.    Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely.
(Ini juga adalah benar, fikirkanlah)

10.   In disagreements, fight fairly. No name calling.(Pertimbangkanlah untuk masa depan anda)

11.   Don't judge people by their relatives.(Ini juga benar)

12.   Talk slowly but think quickly.(Baik untuk dilakukan untuk mendapat ganjaran/balasan yang baik)

13.   When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask,"Why do you want to know?"
(Ini adalah cara terbaik untuk melepaskan diri dari soalan yang anda tidak suka)

14.   Remember that great love and great achievements involve great risk.(Betul)

15.   Call your mom.(Tak mengerti)

16.   Say "God bless you" when you hear someone sneeze.(Sesuai bagi umat Islam)

17.   When you lose, don't lose the lesson.(Betul...Gagal sekali bukan bererti selamanya)

18.   Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; Responsibility for all your actions.
(Ini juga boleh dipercayai)

19.   Don't let a little dispute injure a great friendship.(Ini patut dipercayai)

20.   When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.(Betul)

21.   Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice.(Ye ke?? Tak tau pulak)

22.   Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as
any other.(Tak mengerti)

23.   Spend some time alone.(Bagus untuk kesihatan fizikal dan mental)

24.   Open your arms to change, but don't let go of your values.(Tak paham)

25.   Remember that silence is sometimes the best answer.(Betul...Masih boleh dipercayai)

26.   Read more books and watch less TV.(Bagus untuk para pelajar)

27.   Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you'll get to enjoy it a second time.

28.   Trust in God but lock your car.(Betul...Tuhan memberi rahmat kepada hambaNya tetapi tuhan bukan
penjaga  harta hambanya)

29.   A loving atmosphere in your home is so important.Do all you can to create a tranquil harmonious home.
(Aman damai, hidup pasti bahagia)

30.   In disagreements with loved ones, deal with the current situation. Don't bring up the past.
(Tak paham, tak paham)

31.   Read between the lines.(Tak paham gak)

32.   Share your knowledge. It's a way to achieve immortality.(Betul, orang kedekut ilmu selalu rugi)

33.   Be gentle with the earth.(No Comment)

34.   Pray. There's immeasurable power in it.(Betul)

35.   Never interrupt(mengganggu)  when you are being flattered(dipuji).(Orang dah puji, diam aje la)

36.   Mind your own business.(Jangan jaga tepi kain orang)

37.   Don't trust a man/woman who doesn't close his/her eyes when you kiss.
(Fuyo...Bagi umat Islam...Jangan lakukan)

38.   Once a year, go someplace you've never been before.(Bagus untuk pengetahuan am)

39.   If you make a lot of money, put it to use helping others while you are  living. That is wealth's greatest
satisfaction.(Betul, jangan kedekut sangat kalau dah kaya tu, tak luak nyer...)

40.   Remember that not getting what you want is sometimes a stroke of luck.

41.   Learn the rules then break some.(Tidak kesemua undang2 boleh kita ikuti)

42.   Remember that the best relationship is one where your love for each other is greater than your need for each
other.(Tak paham...Tak paham...)

43.   Judge your success by what you had to give up in order to get it.(Betul...Try lakukan untuk mengetahui
kebaikkannya)

44.   Remember that your character is your destiny.(Betul)

45.   Approach love and cooking with reckless abandon.(Ntah ape-ape)


 


1999/2000
© Allright Reserved by
Mohd Hafiz Yahaya